KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 26, 2008

SPR cuba bantu UMNO

Zaman Siber, sains dan teknologi. Kecanggihan di dalam menyampaikan berita, internet menjadi sumber tersohor mengalahkan media TV dan arus perdana. Propaganda bentuk kuno yang cuba disampai oleh kerajaan barisan nasional tidak mendapat tempat. Hiburan menjadi daya tarikan golongan muda dan bukan lagi berita yang bercorak duduk setempat dan menceceh panjang lebar tentang kebaikan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Selepas rancangan hiburan anak anak akan mencapai komputer untuk berdiskus dan membuat blog masing masing. Hampir seluruh anak muda dan rakyat dewasa menolak propaganda meleret BN sehingga menyebabkan rating berita di media arus perdana merudum teruk.

Kini .... semua sedar tentang keberkesanan internet dan UMNO berduyun duyun membuka blog masing masing. Walaupun lesu....tapi masih berharap.

SPR pula cuba untuk meraih simpati golongan tua untuk kembali menyokong UMNO. Dimana politik menggelarkan golongan ini sebagai Saluran 1 dan 2 ... bermakna 'dewasa yang kukuh bersama UMNO'. Lihat berita ini.....


SPR syor daftar pengundi berusia 50 tahun diganti baru

Bagi tujuan tersebut, SPR akan mengesyorkan kepada kerajaan agar menyediakan undang-undang khas selepas mesyuarat anggota panel suruhanjaya itu 9 Jun ini.


“Kita perlu adakan satu daftar yang baru sama sekali mengikut keperluan dan kehendak semasa, yang boleh diterima oleh semua tanpa ragu-ragu,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam temu bual dengan mStar Online di sini.
Jika kerajaan menerima cadangan itu, proses pendaftaran pemilih baru perlu diadakan untuk mendaftar semula para pemilih.

“Kita harap kerajaan akan terima cadangan ini,” katanya sambil berseloroh “ia juga telah menjadi satu isu seolah-olah duri dalam daging” kerana dikritik banyak pihak sebelum ini.

Daftar pemilih semasa terdiri daripada 10.9 juta pengundi manakala empat juta rakyat yang layak masih belum mendaftar. - MStar

DBKL indas peniaga Melayu Kampung Baru pulak

klpos - Tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengistiharkan kawasan Pasar Minggu Kampung Baru setinggan dibantah oleh penduduk kampung berkenaan kerana mereka menyifatkan label setinggan tersebut sebagai tidak berasas dan menindas.
Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM), Kampung Baru, Dr. Hosni Hussien Md Saat berkata, DBKL tidak seharusnya mengeluarkan arahan keras kepada penduduk supaya segera mengosongkan kawasan tersebut.

Jelasnya, kehadiran penduduk di situ buka baru malah sudah memasuki generasi ketiga iaitu sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Kalau setahun dua kami baru menetap di tanah rizab melayu ini tidak apalah kami pasrah dipindahkan, namun perkara itu sebaliknya dan kami tidak akan berpindah selagi tiada jaminan daripada DBKL bahawa kami akan dibenarkan masuk semula di tanah kelahiran ini.

"Kami tidak menolak pembangunan dan sentiasa mengalu-alukan apa jua pembangunanyang dirancang oleh pihak kerajaan, tetapi pastikan hak kami tidak diperkecilkan begitu sahaja", katanya ketika mengadakan sessi dialog bersama penduduk dan media di kampung baru di sini, semalam.... selanjutnya.

Umno pupus tahun 2013 - Sanusi Junid

http://klpos.com/media/photo/pru12/sanusi2.jpgharakahdaily - Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid mendakwa bahawa Umno bakal pupus dan lenyap pada tahun 2013 sekiranya tampuk pemerintahan negara masih dipegang oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menegaskan, kerana alasan itulah juga yang menyebabkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bertindak keluar daripada Umno.

"Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. Kalau macam sekarang, habis pilihan raya kita tengok macam mana perlantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka.

"Jika ianya berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya kepada Harakah dalam wawancara eksklusif dengan beliau di kediamannya dekat sini petang semalam.

Di tanya alasan beliau yang turut mengisyhtiharkan diri keluar parti, Sanusi berkata, tidak ada faedahnya beliau terus dalam Umno, jika tidak ada menampakkan sebarang perubahan bahkan beliau tidak sanggup berada dalam parti yang mencaci bekas pemimpinnya seperti Tun Mahathir.

"Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," kata Sanusi yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah.

>... selanjutnya.

Bumi dah tua beb?

Radenjowo
Larva dan cecair besi yang menggelegak di dalam perut bumi mencari lorong dan lohong untuk tembus ke permukaan. Itu yang aku belajar dari sekolah rendah dulu. Itu pun kalau cikgu aku tu betul betul cikgu. Tapi rasanya diorang cerita benda yang betul.

Kita diberitahu sejak dulu .... berikut adalah garisan gempa bumi. Diberitahu garisan ini melibatkan beberapa buah negara dan kejadian gempa sering berlaku di tempat tempat tersebut. Tidak melibatkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Betul ke?

Mari kita lihat garisan gempa yang terdapat di persekitaran negara kita ......

http://202.127.109.98/gempa/Reference/Indore_files/image004.jpg

Phuhhhhh kita selamat.... Betul kah kita selamat?

Baca berita hari ini, 26/5/2008.
Kejadian gempa bumi kecil yang telah menggegarkan kawasan Bukit Tinggi, Pahang sebanyak 21 kali sejak November tahun lalu menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya.Walaupun Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan.Terbaru kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.Sebelum ini pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik.Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil. - UtusanMalaysia.

Dan berita pada bulan May 2008 yang lepas

KOTA KINABALU 18 Mei - Satu gempa bumi berukuran 4.3 pada skala richter dikesan berlaku daerah Tawau pada pukul 2.26 petang ini dan turut dirasai penduduk di sekitar Lahad Datu dan Kudat. Gempa tersebut berpusat di 4.8 Utara dan 117.78 timur, manakala lokasinya pula kira-kira 71 kilometer ke arah barat laut, Tawau iaitu sekitar kawasan Kalabakan. Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abd. Malik Tusid ketika dihubungi Utusan Malaysia, mengesahkan mengenai kejadian tersebut. "Bagaimanapun, gempa itu dikategorikan lemah. Jabatan juga menerima banyak panggilan daripada orang awam mengenai gempa yang berlaku," katanya. - Sabahkita

Gempa itu bepusat di Sabah? Dan cuba anda perhatikan semula gambarajah di atas. Sabah sepatutnya tidak terbabit kecuali kesan gegaran kerana tidak berada di kawasan garisan gempa bumi. Tapi tidak lagi. Jeng ..... jeng ..... jeng.

Dan kita lihat pula kajian sains tentang kerak bumi dan cecairnya .....
A scientist proposes sending a grapefruit-size communication device into the heart of the Earth by blasting a crack in the surface and pouring in a huge quantity of molten iron. The weight of the liquid metal would crack the Earth for more than 1,800 miles (3,000 kilometers), carrying the probe to the planet's core in about a week. - National Geographic.
Cuba anda bayangkan. Adakah garisan GEMPA itu sekarang sudah berada di bawah rumah kita?

Ada berada di mana sekarang? Rumah flet, pangsapuri, kondo atau apa? Jangan bimbang kerana selain dari pemilik rumah rumah tersebut, menteri kerja raya pun pening kerana sejak dulu, bangunan di malaysia tidak tahu ketahanannya. CF pun banyak yang tipu, pegawai pun banyak yang rasuah....

Aku berangan untuk bina rumah dari kontena saja. Digolek pun selamat. Kalau banjir pun terapung. Itu pun kalau tak bocor dan berkarat. Dan kepada kita semua, di dalam mencari cari berita politik dan porno. Jangan lupa untuk cari berita tentang gempa dan keadaan bumi sekarang. Kekadang rasa malas nak berebut Pulau Batu Puteh kerana mungkin ada yang tak baik akan berlaku ketika kita sedang sibuk berbalah. Ada pun orang politik yang sibuk jual tanah dan pulau milik negara tak pikir tentang tanggung jawab dan dosa kerana mungkin nak buat kapal layar besar untuk larikan diri kalau Malaysia dalam bencana. Kalau makan cili, dia rasa pedas.


Wakil PAS yang jumpa Rashit SPR

Dengan bangganya Rashit memberitahu wakil PAS datang berjumpa beliau. Nak tahu cerita lanjut ..... Nah baca ini

"Sayalah orangnya," kata anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi menjawab persoalan siapakah pemimpin pembangkang yang pergi meminta maaf kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman selepas pilihan raya umum lalu.

Menurut Wan Rahim, beliau bersendirian bertemu Rashid di pejabatnya di Putrajaya pada 13 Mac iaitu lima hari selepas pilihan raya umum ke 12 lalu.

"Saya memang minta maaf kepada dia bagi pihak kawan-kawan yang keterlaluan membuat kenyataan terhadap dia," kata Wan Abdul Rahim yang juga Timbalan Pengarah II Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat kepada Siasah.

Dalam pertemuan itu, beliau juga meminta Rashid yang akan tamat tempoh perkhidmatannya hujung tahun ini untuk meninggalkan legasinya tersendiri dalam SPR dengan membantu meningkatkan kualiti SPR - selanjutnya di Siasah

Tengku Adnan patut letak jawatan - Kit Siang

klpos - Setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, patut meletak jawatan sebagai setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dan Umno memandangkan laporan negatif mengenai beliau dalam kes klip video V.K. Lingam, kata Anggota Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang.

'Tidak syak lagi, Suruhanjaya Siasatan Diraja telah membuat laporan yang negatif mengenai Tengku Adnan dan lima kenamaan lain, yang disebut sebagai 'pengatur' dalam merundingkan pelantikan para hakim,' kata Lim dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak kelmarin.

Lim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, supaya segera melepaskan Tengku Adnan daripada dua jawatan tersebut, jika kerajaan benar-benar serius dan jujur mahukan pembaharuan.

'Tengku Adnan patut dilepaskan daripada dua jawatan itu. Jika tidak, ia bermakna kerajaan tidak yakin dengan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja,' tambah beliau.

Lima kenamaan lain yang disebut dalam laporan suruhanjaya itu ialah peguam Datuk V.K. Lingam, jutawan Tan Sri Vincent Tan, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan dua mantan Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.... selanjutnya.

Comment on 'Bodohnya kita'

surat2malaysiatoday
commented by CitizenBodohland

"In a letter dated 21 September 1953, the Acting State Secretary of Johor replied that the “Johore Government [did] not claim ownership” of the island."

Our CJ (if he is there) and AG (if he is not busy attending the Hindraf trial or other petty domestic issues), should have gone to length to study the legality of the letter ie; Is the "Acting State Secretary" really representing the Sultan of Johore? Sovereignty only recognize signatures from the Sultan (King), not from a mere "Acting" Executive.

"..the absence of reaction from Malaysia to the flying of the Singapore ensign on the island, the installation by Singapore of military communications equipment on the island in 1977, and the proposed reclamation plans by Singapore to extend the island, as well as a few specific publications and maps"

Now we know the government has actually been asleep since 1977. 50 years of BN rule... going down the drain... Now the Rakyat know why "Everyone Can Fly into Bodohland" and built squatters and eventually become citizen which land title.

... selanjutnya.

Win-Win? We Got Pebbles, They Got A Lighthouse!



revspeaks - [...] It's about time I touched on what I would like to think of as "The Battle of Pebbles, Rocks, and a Lighthouse". By the way, I just have to say that it'll suck to have to memorize the facts of this case in schools, when they eventually add this into the history text books. So kids, be afraid! (kidding)

Anyway, I have to confess that I had not been following the development of the case from the beginning. I did however hear about it from a few people, that there was an on-going case between Malaysia and Singapore regarding some islands, and that a lighthouse was involved. I only knew that the islands had no other worth than to expand the fishing territories and airspace of both countries and that the lighthouse was a major asset. That's all I knew.

So when I just so happened to be at the right place at the right time (I had gone out to have tea, not knowing that the decision was due that day) to watch the live telecast of the decision of the International Court of Justice (ICJ), I was quite shocked to hear Rais Yatim say that it was a "win-win situation".... selanjutnya.

No2Umno .... anda silap !

kerispusakamelayu - [...] apakah mereka tidak menyedari bahawa Teressa Kok sangat suka dengan binatang ‘bersih’ tersebut hingga hidangan lima ekor binatang kesukaan kaum bermata sepet tersebut telah menjadi berita utama di blog beliau ?

adakah lima ekor bermakna lima negeri yang dikira sama dengan jumlah binatang babi yang mereka raikan hari itu? adakah ia berlaku dengan sengaja atau sebaliknya?

Hmmmm….. yang sayangnya No2Umno nampaknya ingin benar membela Pakatan Rakyat yang menjadikan babi sebagai binatang pertama diternak selepas pilihanraya, hingga tidak lagi nampak kesilapan manifesto manifesto yang ditaburkan sehingga mendesak mereka menukar dan merubah sesuka hati apa yang dijanji.

Lihat bagaimana janji seribu seorang kepada anak Selangor ke IPT, yang baru lahir yang telah diubah hingga ada yang membuat laporan kerana merasa tertipu dengan janji janji yang diberikan. Beliau juga turut membuat laporan yang kedua terhadap kerajaan Selangor yang memerintah hasil janji janji yang memiliki ‘pembolehubah’ bila bila masa…... selanjutnya.

No2umnO - Burp....... Alhamdulillah

Posting terkini

Blog Archive