MT Umno perakukan pelantikan Ahmad Said MB Terengganu
bharian
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memperakukan pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.
Keputusan itu diambil dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sini.
Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, 23 Mac lalu, sekali gus mengenepikan Datuk Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang sebelum ini mendapat watikah pelantikan daripada Abdullah menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua.
Mar 27, 2008
AKHIRNYA IDRIS TERSINGKIR
Labels: ALAHAI IDRIS ....
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Perhimpunan agung pada 16 hingga 20 Disember ini, Dollah boleh dicabar
bharian
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menetapkan perhimpunan agung dan pemilihan parti akan diadakan pada 16 hingga 20 Disember ini.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini selepas mempengerusikan mesyuarat MT lebih empat jam, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.
Mengikut jadual, pemilihan jawatan tertinggi Umno akan diadakan Ogos.
Dalam pada itu, dinyatakan bahawa
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO boleh dicabar
utusan
KUALA LUMPUR 27 Mac - Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan semua jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dicabar dalam pemilihan parti yang akan datang jika ada pencalonan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malah berkata, beliau sendiri sedia untuk dicabar
Bagaimanapun, MT hari ini memutuskan tidak akan mengadakan perhimpunan agung luar biasa bagi membincangkan keputusan yang diperoleh parti pada pilihan raya umum lalu.
Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli termasuk beberapa ketua dan timbalan ketua 51 bahagian Umno di kediamannya di sini, petang ini.
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan cadangannya supaya Umno mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei depan.
Seorang pegawai veteran Umno itu yang ditemui menjelaskan, mereka yang datang dalam pertemuan itu menyokong idea yang dicetuskan Tengku Razaleigh itu.
Antara yang hadir, bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping)
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Khairy, Kamaluddin Sertai Abdullah Bertemu Mat Said
(...) Pagi ini saya mendapat maklumat dari satu sumber yang sangat rapat dengan istana berkaitan pertemuan di atas. Menurut “Tok Faqir” (sumber berkenaan), pertemuan antara Tuanku Mizan dan Abdullah tidak membawa kepada sebarang penyelesaian lagi. Belum ada sebarang keputusan. Ini kerana Tuanku Mizan bertegas menyokong Ahmad Said, manakala Abdullah pula tetap berkeras mahukan Idris Jusoh.
Kenapa Abdullah berbuat begitu?
Sebenarnya si durjana dan penderhaka Rosol Wahid telah menggertak dan mengugut Abdullah. Jika Idris tak dilantik semula sebagai MB, mereka akan beramai-ramai meletakkan jawatan! Maka pilihanraya semula akan diadakan. Abdullah amat takut dengan ugutan itu. Maka Abdullah terpaksalah berkeras dengan Tuanku Mizan, walaupun sehingga menderhaka kepada Tuanku Mizan!
Yang mengejutkan lagi menurut “Tok Faqir”, pertemuan Abdullah dengan Mat Said yang dilaporkan diadakan dua hari lepas turut dihadiri oleh si Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin! Apa ke hal nya ni? Apa kena mengena dengan b***k dua e**r ni? Nak ugut apa? Atau nak buat janji timbal balas dengan Mat Said? Apa yang berlaku dalam pertemuan tu taklah kita ketahui. Namun, kita percaya si samseng Khairy tak akan mudah-mudah berdepan dengan Mat Said yang terkenal gedebe tu.
Mak benar lagi sahihlah bahawa Abdullah ni lemah, anak menantu yang control dia. Setiap keputusannya dibayangi oleh anak menantunya itu. Yang penting agenda merompak harta rakyat Terengganu dapat diteruskan! - Selanjutnya MARHAEN
Labels: Beruk Rembau, UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BPR buka kertas siasatan kes beli sokongan di Terengganu ketika pilihan raya
Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata kertas siasatan berhubung perkara itu juga sudah dibuka tetapi enggan menjelaskan jumlah laporan yang diterima.
"Kami ada menerima beberapa laporan membabitkan perkara itu di Terengganu. Bagaimanapun, saya belum memperoleh maklumat terperinci mengenainya, tapi yang pasti ia berkaitan cubaan membeli sokongan dan pengaruh politik.
Ditanya sama ada BPR menerima laporan berhubung kes pembelian Ahli Parlimen yang dilobi untuk melompat parti di Sabah dan Sarawak, Abu Kassim berkata beliau tidak ada menerima laporan mengenainya.
Mengenai laporan kes salah laku dan penyelewengan membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan bekas Exco di Terengganu, Abu Kassim berkata, BPR sedang menjalankan siasatan mengenainya. - Berita Harian
Labels: Beli Undi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
LETAK JAWATAN LAGI?
Menurut laman blog Rockybru, menyuarat MT UMNO telah selesai. Beberapa isu dibincangkan termasuk Perlantikan Menteri Besar Terengganu. Menurut artikel itu juga mesyuarat desas desus telah tersebar bahawa seseorang akan meletakkan jawatan. Keadaan menjadi bertambah menarik dan kita nantikan .....
Rujuk : Rockybru
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KETUA KAMPUNG TERUS BERTUGAS
1,300 ketua kampung di Perak dan Selangor batal hasrat letak jawatan
bharian.
PUTRAJAYA: Lebih 1,300 ketua kampung di Perak dan Selangor yang kini diperintah parti pembangkang hari ini bersetuju membatalkan cadangan meletak jawatan, sebaliknya memberi jaminan akan terus berkhidmat membantu dan menjaga kebajikan masyarakat akar umbi.
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata keputusan itu dicapai selepas 30 wakil Persatuan Ketua Kampung Perak dan Selangor menemui beliau selama dua jam di pejabatnya, di sini.
Katanya, mereka mengambil keputusan itu selepas mengambil kira kepentingan dan kebajikan penduduk, selain mahu memastikan projek pembangunan di kampung masing-masing dapat dilaksanakan seperti dirancang.
"Saya minta mereka batalkan cadangan meletak jawatan dan terus berkhidmat demi kepentingan penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Muhammad mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ketua Kampung Perak, Sukiman Jalil yang menggesa 879 ketua kampung di negeri itu meletak jawatan beramai-ramai berkuat kuasa 1 Mei depan kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran Perak pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sukiman berkata, lebih 13,000 ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) juga turut berbuat demikian dengan alasan sama.
Sementara itu, Presiden Persatuan Ketua Kampung Malaysia, Shuhaimi Othman, yang turut menghadiri pertemuan dengan Muhammad berkata, lebih 1,500 ketua kampung di Kedah dan Pulau Pinang yang diperintah pakatan parti pembangkang juga dinasihatkan terus berkhidmat kepada masyarakat.
Beliau berkata, pelantikan mereka sebagai pemimpin masyarakat masih sah dan mereka layak menerima elaun RM400 sebulan daripada Kerajaan Pusat.
Labels: Ketua Kampung, Ketua kampung Perak
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
HIMPUNAN RAKYAT DI STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM 31 Mac Ini
Sanggahtoksago
By TARMIZI MOHD JAM
HIMPUNAN RAKYAT sempena kemenangan PAS Selangor menerjah ke -
Program julung kali dianjurkan PAS negeri itu, akan dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat dan kemudiannya diikuti bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid.
Kemuncak acara, pidato khas Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang. Turut berceramah pada malam itu ialah Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, dan dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan Teressa Kok dari DAP.
Seluruh warga Selangor dan rakyat Lembah Klang dipelawa hadir ke program perdana peringkat negeri Selangor ini. Banner program ini turut disiarkan oleh Harakah pada muka depan Fikrah.
Labels: PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tengku Razaleigh jangan berganjak
AGENDADAILY
SEMENTARA ITU ...di medan yang lain Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah menyatakan hasratnya secara terbuka nak bertanding jawatan Presiden UMNO mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 orang ahli UMNO di rumahnya di Jalan Langgak Golf,Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga jam 3 petang Khamis.Bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu telah menyampaikan ucapan kepada para hadirin.Antara Ketua UMNO bahagian yang hadir ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baru) ,Datuk Malek Hanafiah (Taiping) dan Datuk Ibrahim Saad (Batu Kawan) .
Pertemuan itu antara lain bertujuan untuk buat post-mortem keputusan pilihanraya 8 Mac.Disamping Tengku Razaleigh ada juga beberapa orang hadirin bangunan berucap.Kalangan mereka mendesak Tengku Razaleigh jangan berganjak dan tetap bertanding jawatan Presiden UMNO.Mereka juga mahu agar pucuk pimpinan mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO (EGM) untuk membolehkan para perwakilan dari seluruh negara bercakap mengenai isu semasa dalam parti.Pertemuan itu juga merancang untuk mengadakan roadshow ke negeri-negeri untuk menilai keputusan pilihanraya
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TIAN CHUA ALSO REFUSED TO PAY
Malaysian political writer, opposition-run newspaper lose university libel suit
Herald tribute
KUALA LUMPUR, Malaysia: A prominent political writer and an opposition-run newspaper must pay US$2.1 million (€1.3 million) in damages to a university in Malaysia's first successful libel suit involving online news, a verdict the defendants slammed Thursday as an attempt to muzzle dissent.
The High Court in northern Kedah state ruled Wednesday that Raja Petra Raja Kamarudin must pay 4 million ringgit (US$1.25 million; €800,000) to the state-run Universiti Utara Malaysia and its vice chancellor for publishing a defamatory article on the writer's popular news Web site in 2006.
The court also ordered a newspaper run by the opposition People's Justice Party to pay 3 million ringgit (US$940,000; €600,000) in damages for reprinting the article.
Raja Petra — who refused to attend court or appoint a lawyer to defend himself — wrote on his site that he would not pay the ordered compensation, calling the case a "little charade of justice in Malaysia." Along with other opposition activists, Raja Petra has claimed the case was mounted by government allies to target its critics.
Tian Chua, a spokesman for the People's Justice Party, said his party also refused to pay.
"This is a political move," Chua said. "It's persecution. They want to ensure the Internet will also face the same kind of prosecution if they challenge authority."
The university's vice chancellor, Nordin Kardin, denied the case was politically motivated, adding that Internet commentators should stop "writing whatever they liked or wished."
"We are not interested (in their political affiliation). Most important to us is to protect the good name of the university," Nordin told The Associated Press.
Nordin voiced hopes that the case would "be a landmark for this 'cyber-misconduct.'"
The defendants indicated they would not bother appealing.
Nordin said he would pursue payment and try to have them declared bankrupt if they resist.
Malaysian government politicians often accuse Internet writers and bloggers of spreading rumors and lies that aim to undermine public stability.
Police questioned Raja Petra last July over articles he wrote that criticized the government. Separately, two well-known bloggers were sued by a government-linked newspaper last year over postings about the paper and its executives that it claimed were libelous.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said earlier this week his ruling coalition suffered heavy losses in March 8 elections because it underestimated the opposition's online campaign.
Labels: Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
