KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 28, 2007

BERANIKAH BN LUCUT KEAHLIAN PARTI PARANJOTHY?

Kalau isu yang dibangkitkan oleh Paranjothy bukan lakunan antara GERAKAN dan UMNO, Paranjothy perlu dilucutkan jawatan. Kalau hukuman selain dari itu dan terus mengekalkan jawatan beliau, maka benarlah ianya hanya satu GIMIK untuk perangkap kaum India yang kini berpaling tadah dari MIC. Kita saksikan taridra pentas istimewa UMNO dan BN di dalam isu ini. Kalau Paranjothy dikekalkan, kita semua ketawa ramai ramai kerana tidak menghairankan kalau Najib atau pemimpin UMNO akan arah beliau untuk bertemu dan perkara itu selesai disitu. Alah bias, tegal biasa. Drama seperti ini kita dah jemu tengok.

Rujuk: Gerakan Sambut Baik Kenyataan Najib Mengenai Hubungan Umno-Gerakan

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Parti Gerakan hari ini menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa hubungan antara Umno dan Gerakan tidak terjejas ekoran kenyataan yang berupa serangan peribadi terhadap Umno oleh Naib Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy.

Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye berkata perpaduan dan kerjasama antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah amat penting di samping keutamaan kepada BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Gerakan akan menangani perkara itu dengan sewajarnya, menurut beliau dalam satu kenyataan ringkas di sini.

Paranjothy baru-baru ini dilaporkan mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang mendakwa bahawa beliau tidak berpuas hati dengan Umno serta layanan terhadap kaum India dalam negara.

Ekoran kenyataan itu, Gerakan mengambil tindakan terhadap Paranjothy dengan merujuk beliau kepada Jawatankuasa Disiplin parti, selepas kenyataannya itu dianggap melampau.

Beliau berhadapan dengan kemungkinan digantung, atau disingkirkan dari parti.

Najib, yang juga timbalan pengerusi BN semasa diminta mengulas kenyataan Paranjothy semalam berkata, perkara itu tidak menjejaskan hubungan antara Umno dan Gerakan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive