KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 28, 2007

Umno, benarkah hampa curi bantuan mangsa banjir?

dipetik: penarikbeca

Dalam posting bertajuk "Please Umno, tell me this is not true," Cik Gu Bernard Khoo membangkitkan beberapa berita yang tidak disiarkan oleh akhbar tempatan.

Berita tersebut ialah mengenai pengalaman pahit sukarelawan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha membantu mangsa-mangsa banjir ketika berhadapan dengan 'sukarelawan' Umno.

Menurut berita yang pertama kali tersiar dalam Malaysia Today itu (Umno Pahang in large-scale stealing of flood relief aid), NGO tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk menghentikan kerjasama dengan Bilik Gerakan Banjir yang dikuasai oleh Umno.

Tindakan itu berpunca dari tindakan 'sukarelawan' Umno itu ketika NGO tersebut bersama-sama mereka menghantar makanan dan lain-lain bantuan dari Bilik Gerakan ke beberapa kampung yang dilanda banjir.

Di salah sebuah tempat yang teruk dilanda banjir, mangsa-mangsa dari kesemua bangsa, Melayu, Cina dan India, beratur untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, wakil NGO tersebut mendakwa, 'sukarelawan' Umno dengan kasar memaklumkan kepada mangsa-mangsa yang malang itu bahawa bantuan hanya disediakan kepada orang-orang Melayu sahaja.

Sukarelawan dari NGO-NGO tersebut, tidak kira yang berbangsa Melayu, Cina atau India amat terkejut dengan apa yang berlaku itu dan pergi begitu sahaja dengan perasaan marah dan jengkel dengan kejadian itu.

Gambar kenangan: Perdana Menteri bersedap-sedap dengan nasi kandar di Perth ketika banjir besar melanda Johor dan beberapa negeri Januari lalu (Ihsan: Malaysiakini)

Di sebuah kawasan estet pula, di mana terdapat kira-kira 600 mangsa banjir berbangsa India, 'sukarelawan' Umno tersebut didakwa menghulurkan satu kampit beras sahaja untuk dikongsi oleh sebegitu ramai mangsa bersama-sama keluarga mereka.

Kampit beras itu didakwa ditinggalkan di pusat bantuan banjir yang terletak di sekolah Tamil berdekatan estet tersebut. Para pekerja estet itu kemudiannya disuruh menandatangani senarai yang memberi perakuan bahawa mereka menerima bantuan penuh bantuan makanan yang termasuk beras, minyak masak, makanan dalam tin, gula, garam, air di dalam botol dan juga selimut.

Pengadu kejadian itu mendakwa barangan lain yang tidak diserahkan itu diambil oleh para 'sukarelawan' Umno tersebut untuk dijual.

Apa yang berlaku itu menyebabkan wanita-wanita di dalam estet itu marah dan menjerit-jerit serta mempersoalkan bagaimanakah satu kampit beras itu boleh dikongsikan oleh 600 orang mangsa. Hari berikutnya, apabila sukarelawan lain datang ke sekolah Tamil tersebut, wanita-wanita India itu menjerit-jerit ke arah mereka dan mengherdik 'Melayu jangan mari tolong lagi'.

Di tempat-tempat lain pula, para pekerja bantuan mangsa banjir mendakwa, bantuan diberikan kepada ahli-ahli Umno sahaja. Mereka seterusnya mendakwa, mangsa-mangsa lain yang juga berbangsa Melayu, terutama para penyokong PAS, tidak diberikan bantuan.

Di kawasan lain pula, kira-kira 250 Orang Asli dijanjikan beras di dalam guni seberat 50 kilogram. Janji itu ternyata palsu kerana kebanyakan bantuan beras yang diberikan itu hanya kampit-kampit beras lima dan 10 kilogram sahaja.

Beras-beras yang sepatutnya diserahkan kepada 250 Orang Asli itu juga tidak sampai kepada mereka. Apabila seorang Adun Umno melawat Orang Asli tersebut keesokan harinya dan bertanya adakah mereka sudah makan, penduduk Orang Asli tersebut menyorak dan mengejeknya serta berkata "awak semua penipu".

Sekali lagi, sukarelawan NGO yang melaporkan perkara itu mendakwa bahawa beras-beras tersebut dicuri oleh orang-orang Umno.

Ahli Parlimen Temerloh, Mohd Sarit Yusoh pula didakwa tidak muncul langsung walaupun telah tujuh hari banjir melanda kawasan yang diwakilinya. Mangsa-mangsa banjir yang marah bertindak memasang kain rentang yang tertulis, "YB, awak di mana?"

Kain rentang itu kemudiannya direntap turun oleh polis.

Hanya Adun MCA dari Mentakab yang dilaporkan bersungguh-sungguh membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan yang diwakilinya. Adun-adun Umno pula didakwa amat jarang kelihatan.

Di Kuantan, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow pula dilaporkan telah dibaling dengan batu oleh mangsa-mangsa banjir yang menjerit-jerit memarahinya. Beliau kemudiannya 'cabut lari' dengan tergesa-gesa.

Tidak ada mana-mana pihak pun yang menjawab pertanyaan Cik Gu Bernard, "Please Umno, tell me this is not true"!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive