KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 28, 2007

SAH ISU PARANJOTHY ADALAH MAINAN POLITIK UMNO



Isu Paranjothy mainan politik gerakan dan UMNO

Kenapa saya berani katakan bahawa isu tuduhan Paranjothy sebagai mainan politik UMNO dan GERAKAN? Kerna sehingga sekarang ngak ada tindakan yang dibuat oleh kedua dua parti kecuali mengeluarkan kenyataan yang tidak mendatangkan apa apa makna langsung. Bukan tindakan, ianya lebih kepada pendapat, Tiada siapa yang berani untuk mengeluarkan hukuman. Pemimpin dari UMNO hanya dilihat, menghabiskan air liur busuk mereka, dok cakap tak habis habis. Berikut ada kenyataan hari ini dari pemimpin ke 2 UMNO.

Menurut Bernama, begini,

PEKAN, 27 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy bahawa Umno adalah punca kaum India terpinggir di negara ini adalah tidak berasas dan telah melanggar disiplin Barisan Nasional.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti Gerakan untuk tindakan sewajarnya terhadap Paranjothy.

"Saya percaya parti Gerakan tahu apa yang harus mereka lakukan, sebab dalam kita menghadapi tekanan pihak tertentu, kita tidak boleh berpecah sebagai satu keluarga politik... keluarga politik kita ialah Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan banjir Umno Taman Selasih, di Paloh Hinai, dekat sini, hari ini.
menurut Utusan Malaysia pula, begini,
Datuk Seri Najib Razak berkata, tuduhan Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy, kononnya Umno menjadi punca kaum India terpinggir hanya pandangan peribadinya dan ia tidak menjejaskan hubungan kedua-dua parti itu.
Saya berani katakan bahawa isu ini tidak akan melahirkan sebarang keputusan. Kalau ada pun cuma amaran. Itu pun tidak tahu lagi. Pemimpin Gerakan, Koh Tsu Koon pula terus bersenyap. Kalau semuanya itu benar, maka apasalahnya bertegas dan lucutkan jawatan Paranjothy. Bila Najib sudah berkata bahawa kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi, ini bermakna selepas, berakhirlah episod ini kecuali ada malaun yang ditugaskan untuk meneruskan agenda.

Kenapa Paranjothy? Kerana beliau dari Gerakan dan Gerakan akan digunakan oleh BN dan UMNO bagi memperolehi undi menggantikan MIC yang telah ditolak secara total oleh Kaum India. Sejauh mana tektik ini berjaya, rasanya tidak. Kerana kaum India tidak mahu lagi dipermainkan. Bila anjing terus menyalak maknanya perompak masih ada.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive