KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 28, 2007

Biar roboh KOTA MELAKA, jangan roboh KANDANG BABI

BABI

dipetik: ntbn.wordpress.com

Kalau dibaca, sakit hati. Tapi kalau direnung baik baik, ia memberikan gambaran tentang bezanya antara kaum melayu dan cina. Menurut pemimpin Pemuda MCA, bangsa Cina adalah bangsa yang sensitif. Kerana itu maka pondok basikal pun mereka perjuangkan. Sebagai bukti baca keratan berita Bernama berikut,

Keratan berita bernama (KLIK)

Isu 1
Tempat letak basikal mungkin dianggap isu remeh dalam mana-mana pilihan raya tetapi tidak kepada pengundi Cina di Bahau kerana ia menjadi antara punca Barisan Nasional tewas kepada DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan itu dalam pilihan raya umum lepas.

"Pengundi Cina sangat berbeza dengan orang Melayu, mereka mudah sensitif kepada perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang Cina," kata Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan Foo Ming Chee kepada Bernama.

Isu 2
Satu lagi isu tempatan membabitkan kaum Cina di Negeri Sembilan yang menjadi modal pembangkang ialah cadangan memindahkan peniaga Pasar Besar Seremban ke kawasan lain.

"Isu ini pun sudah lapuk kerana Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting mengumumkan pasar itu akan diubah suai. Ini bermakna ia tidak akan diroboh dan peniaga Cina akan kekal di situ," kata Foo.

Melayu harus sedar bahawa Pemimpin bangsa Cina sibuk memperjuangkan bangsa mereka. Dan pemimpin Melayu dan sibuk menjaga periuk nasi mereka. Akibatnya Melayu dan India terpinggir kerana pemimpin lari dari fokus perjuangan mereka. Kini India sudah pinggirkan pemimpin mereka, Samy Vellu. Melayu bila lagi?

Pemimpin Melayu lebih pada politik dan pangkat. Kalau diberikan pangkat mereka lupa diri. Mereka tidak memperjuangkan bangsa kerana bangsa melayu sepi dan lesu. Biar lah apa yang mereka lakukan, Melayu duduk terperok di dapur bersama isteri kerana Melayu tidak sensitif. Bila anak ramai, barang mahal, melayu pening kepala. Mana nak cari duit?

Dengan sikap Melayu sebegini, pemimpin UMNO ingat mereka cukup selesa, walaupun mereka tidak berjuang untuk bangsa. Buat lah apa pun, suara Melayu tidak akan didengar kerana Melayu di kongkong oleh semangat bangsanya dan fahaman agama yang mengekang buruk laku bangsa melayu. Ada penceramah yang dibayar oleh UMNO yang bergiat menentang perhimpunan dan berdemonstrasi , kerana pada melayu, mereka tidak mahu menentang sunnah dan kerana itu maka, biar lah pemimpin itu kejam dan zalim, melayu tetap tunduk. Itu saranan penceramah tersebut dan itu lah yang pemimpin Melayu mahu. Berdemo haram. Bagaimana minum arak, berjudi dan bermaksiat?

Kandang babi tidak roboh, Pondok basikal isu penting dan pasar tidak jadi pindah. Itu lah kuasa bangsa Cina terhadap pemimpin Melayu. Pemimpin Melayu umpama sekandang babi yang bodoh, tidak tahu berbuat apa kecuali diberi makan dan berak tak kira tempat. Berlambak lambak dan berbuih buih. Najis UMNO sudah bertaburan diseluruh kandang. Meleleh leleh diurung lalat hijau. Baunya cukup memual tekak hingga nak termuntah dibuatnya. Kalau dialirkan ke sungai, satu kampung hilang selera. Kanak kanak tidak boleh bersekolah. Orang ramai tidak boleh berkelah. Pemimpin melayu tahu asyik makan, berak merata dan cukup tempoh disembelih tokey babi.

Kalau roboh kota Melaka, ungkapan Melayu lama. Kini UMNO mempunyai ungkapan mereka sendiri, KALAU ROBOH KANDANG BABI. Roboh sahaja kandang babi, UMNO tidak boleh bernafas lagi kerana tokey babilah yang menghidupkan mereka. UMNO tidak perlukan Melayu lagi.

Kalau pemimpin bangsa Cina memperjuangkan bangsa melayu. Pemimpin Melayu menyokong pemimpin kaum Cina. Apa mahu jadi pada Melayu? Merempat lah kamu. Kerana menurut penceramah bebas UMNO, berdemo haram kerana pemimpin kita Islam, negara Islam, Pilihanraya adil, Pemimpin pilihan rakyat dan sebagainya. Aku tak lah hebat soal agama, tambah tambah lagi beliau menggunakan dalil untuk haramkan perhimpunan. Tiada dalil, sikap yahudi dan macam macam lagi. Mendengarnya, aku tidak terpedaya tapi rasa nak termuntah ada la.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive