via /the-antics-of-husin-lempoyang
Semasa zaman Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, yang Husin ingat Dr Mahathir selalu diberitakan hanya buat ibadah korban dengan membuat sumbangan peribadi sebanyak 2 ekor lembu untuk Kampungnya di Kubang Pasu. Jumlah semua untuk kampung-kampung lain adalah dalam 10 ekor.
Di zaman Dolah, asyik main 100 atau 200 ekor sahaja. Ini boleh bermakna bahawa gaji Perdana Menteri sekarang adalah sekurang-kurangnya 10 kali ganda. Mungkin dalam hal ini pun kita nak tandingi gaji Perdana Menteri Singapura.
Pada tahun lepas 2006, yang merupakan tahun annus horribilis untuk Dolah, salah satu isu tetapi tidak ramai sedar dan tidak diributkan adalah ibadat korban Dolah yang ditaja oleh syarikat DiGi Telecommunication Berhad (DiGi) hingga diajuk sebagai Lembu DiGi. Berikut ada berita Utusan ini tahun lepas:
Di dalam laporan bertarikh Disember 15hb, 2006, DiGi telah membuat majlis penyerahan lembu sebanyak 200 ekor kepada Perdana Menteri.
Semasa Hari Raya Korban dua minggu kemudiannya, Dolah dilihat sangat hebat kemurahannya untuk menyerahkan 130 ekor lembu untuk kawasan Parlimen Kepala Batas. Padahal itu Lembu DIGi yang diberi. Maka orang Kepala Batas makan Lembu DIGi. |more....|
Dec 22, 2007
Dolah Korban Lembu DiGi Lagi?
Labels: Dolah Korban Lembu DiGi Lagi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment