250 keluarga di Taman Mentakab Indah sudah 5 hari tak jumpa NASI
dipetik: lubokkawah
Kami diberitahu bahawa penduduk-penduduk Taman Mentakab Indah yang majoritinya adalah orang-orang Melayu dan India meluahkan rasa marah mereka kepada pihak Kerajaan kerana gagal menghantarkan bekalan makanan untuk Taman mereka, dan apabila pihak Rotari meyatakan untuk menghantar makanan mereka menerima berita itu dengan skeptikal: "Kerajaan tak mampu, Rotari boleh mampu ke?"
Apabila makanan sampai Ke Taman Mentakab Indah, pek-pek makanan diserahkan mngikut senarai, ertinya agihan terperinci dan tiada siapapun yang tertinggal.
Didalam setiap pek itu terdapat beras 5 kilo, air mineral 4 botol besar, ikan sadin 3 tin, minyak masak 1 kilo, gula 1 kilo, garam 1 kilo, ikan masin 6 ekor, biskut satu bungkus, mee maggi 1bungkus 4 pek, dan makanan ringan.
Persoalan disini, bukan kejayaan Rotary Club berjaya menghantar makanan kesetiap kampong dan taman perumahan, tetapi KENAPA BEKALAN MAKANAN DARI KERAJAAN TIDAK SAMPAI KEPADA SASARAN.
Di Temerloh kini sudah riuh rendah tentang beras dari beberapa treller telah hilang, bekalan makanan dari Pusat Bantuan Banjir yang dihantar ke kampong-kampong hilang di perjalanan, wakil-wakil rakyat hanya hadir tunjuk muka tetapi tidak terlibat aktif untuk menyalurkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir. Beras yang dihantar kekampong-kampong dipek semula, dan melalui perbuatan itu, ada mangsa-mangsa hanya menerima 8 pot beras (yang sepatunya 5 kilo) dan satu cawan minyak masak.
Yang menyayatkan ada kedai-kedai runcit menerima tawaran harga murah beras-beras yang tak tahu dari mana punca datangnya, adakah beras-beras itu dicuri dari Pusat Bantuan Banjir? |more...|
Dec 22, 2007
MANGSA BANJIR MARAH KERAJAAN
Labels: MANGSA BANJIR MARAH KERAJAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment