Kenyataan baru baru ini yang dibuat oleh Paranjothy, cukup berhasil membuat Pemuda UMNO melonjat. Baru selesai isu Hindraf yang menimbulkan kekecohan kepada Samy Vellu, kali ini Naib Ketua Pemuda Gerakan itu kembali membuat suasana politik Malaysia menjadi bertambah panas. Berikut adalah berita tindak balas Hisamuddin tentang isu tersebut.
Pemuda Umno minta Paranjothy jelaskan kenyataan 'perkauman'
MSTAR
MACHANG: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berharap pucuk pimpinan parti Gerakan boleh memberi penjelasan terhadap kenyataan berunsur perkauman yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy semalam.
Hishammuddin berkata demikian apabila mengulas kenyataan Paranjothy bahawa beliau tidak puas hati terhadap Umno dan bagaimana kaum India dilayan kurang adil.
Paranjothy juga mendakwa pemimpin Umno gemar mensasarkan parti komponen BN serta menjadikannya alasan atau batu loncatan untuk mengekalkan populariti di kalangan masyarakat Melayu.
Hishammuddin yang kesal dengan kenyataan itu berkata sebagai anggota BN, semua anggota seharusnya faham bagaimana dalam tempoh 50 tahun ini Malaysia membangun dengan aman dan semua kaum dapat berkerjasama untuk memajukan negara.
Hishammuddin berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas merasmikan majlis korban perdana, di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Annuar Musa. Sebanyak 160 ekor lembu disembelih untuk diagih kepada penduduk setempat.
"Pucuk pimpinan BN melihat perkara ini sebagai serius," katanya.
Beliau berpendapat semua pihak memerlukan penjelasan yang terperinci berhubung perkara itu dan ia perlu dijernihkan di semua peringkat termasuk di peringkat akar umbi.
Hishammuddin berkata pihaknya akan membuat sesuatu keputusan mengenai perhubungan dengan parti komponen itu sekiranya penjelasan Parti Gerakan tidak memuaskan.
Sama sama kita lihat kan kelucuan Pemuda UMNO yang tidak mahu dikritik walau oleh sesiapa juga. Heeehhhh yyyaaahoooo !!!!
Rujukan
Pemuda Umno minta Paranjothy jelaskan kenyataan 'perkauman'
Gutsy GERAKAN Youth Says UMNO and UMNO Youth Incite Racial ...
Gerakan leader Paranjothy attacks UMNO
Gerakan belasah UMNO - mana menantu Pak Lah
"Anger over Malaysia temple razings" ("Aljazeera," June 21, 2006)
Gerakan rep: Umno incites racial sentiments
0 comments:
Post a Comment