KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 22, 2007

UMNO atau PKMB?



Kelakar juga bila hari ini aku bertemu dengan juak juak UMNO yang cuba untuk memancing undi dan mencantikkan khabar yang sudah buruk. Banyak lah cerita termasuk kisah pemberian Lembu di Hari Raya oleh Imam Besar Islam Hadhari dan juga perhimpunan HINDRAF. Tidak ketinggalan juga tentang usaha BERSIH yang terus menjadi isu hangat sekarang ini.

Ketika memasuki sebuah restoran, sudah kelihatan mereka mereka yang berbaju putih berseluar hitam lagak seperti pemandu teksi tetapi mereka adalah ahli ahli UMNO. Antara mereka yang ditemui termasuk teman sekolahku yang dahulunya seorang yang pendiam, tidak tahu tentang politik dan tidak campur masyarakat kini menjadi orang penting di dalam UMNO setempat. Hebat benar perubahan yang UMNO lakukan, bisik hati kecil ku.

Mahu menghampiri aku dan mahu bercerita panjang lebar tentang perjuangan UMNO selama ini. Di dalam kepala aku terus berfikir pelbagai bentuk penipuan di akhbar dan media oleh UMNO tetapi kini sekelompok dari pahlawan bangsa Melayu sudah berada di depan mata bercerita tentang perjuangan mereka.

Aku cuba untuk menduga mereka yang seramai 4 orang itu temasuk teman lama ku. Cadangnya, aku mahukan ketenangan tetapi di ganggu oleh makhluk perosak negara ini pula. Tapi tak apa, aku mulakan pertanyaan kepada mereka untuk membuka bicara. "Korang dari pertubuhan mana?", aku bertanya. Mereka menjawab "Kami dari UMNO". Aku cuba provok mereka dengan mengatakan bahawa gaya dan cara bukan seperti UMNO tetapi PKMB.

Mereka tergamam dan berkata lagi sekali, "Kami dari UMNO". Aku pun mengangguk kan kepala tanda menerima mesej tersebut dan aku sambut lagi, "Bukan dari PKMB ke?" Mereka berpandangan sesama mereka dan terus menyatakan lagi sekali, "Dak lah... kami dari UMNO." Mungkin di dalam hati mereka menyumpah aku kerana tidak faham dan dengar kenyataan mereka.Dan kami pun terus minum dan bercerita tentang kemajuan kampung yang menurut mereka hasil usaha pemimpin dan parti mereka.

Setelah bercerita panjang lebar, mereka pun mengeluarkan wang untuk membayar bil dan mahu berlalu menemui teman lain yang berada di restoran yang sama. Dan sebelum berlalu mereka bertanya kepada aku tentang PKMB. Mereka rupa rupanya tidak faham dan aku berkata kepada mereka bahawa PKMB adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni pengertian UMNO di dalam bahasa malaysia.

Aku tersenyum, mereka pun tercengang cengang dan berlalu.

Belas ku melihat bangsa Melayu yang tidak tahu tentang diri mereka. Bukan sedikit tetapi sebenarnya ramai penyokong dan anggota UMNO sendiri yang masih kabur tentang perjuangan parti UMNO. Malah ramai juga yang tidak faham tentang UMNO itu sendiri.

Kalau mereka lapang kan masa, pasti aku akan bercerita panjang lebar tentang beza PKMB dan UMNO. Kalau diberikan keluangan aku akan membuka laptop dan mendedahkan bukti penyelewengan pemimpin mereka. Aku mahu dengar apa orang bawahan UMNO katakan. Tetapi baik juga mereka berlalu kerana mungkin penjelasan tentang UMNO tidak akan diterima kerana mereka mereka ini lah bentuk manusia yang tidak tahu pengertian dan menyokong membabi buta tanpa usul periksa. Melihat kekayaan ahli UMNO, mereka pun mahu menjadi UMNO. Tak sedar sudah 2 kali pilihanraya, mereka masih seperti itu.

Kini aku sedar bahawa dengan golongan yang Bodoh seperti ini lah yang menyebabkan UMNO terus gagah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive