Aku pun tak pernah tahu tentang asas tujuan penubuhan UMNO. Baru hari ini aku terlintas di depan tulisan blog UMNO yang lesu. Berikut adalah apa yang dimaksudkan.
ASAS DAN TUJUAN
- UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
- Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
- Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
- Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
- Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
- Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
- Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Di dalam banyak banyak perkara apa yang sudah berjaya? Tanya diri sendiri, kalau tak puas hati tanya orang UMNO. Tapi jangan pelik kalau mereka mempunyai alasan yang tidak KONKRIT kerana pemahaman mereka jauh lebih kurang dari kanak kanak sekolah. Mereka tidak faham tujuan menyebabkan selalunya perjalanan jauh tersasar. Agak agaknya kemanakah UMNO nak pergi?
0 comments:
Post a Comment