KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 16, 2007

Katakan 'Tak Nak' kepada BN

Dr. Rosli Aliani

Malaysiakini - Seakan kerajaan Barisan Nasional, terutamanya Umno, semakin meleset akan segalanya. Setelah melesetnya ekonomi pada hujung tahun 90-an, semakin melesetnya akhlak di kalangan pemimpin mereka dengan pelbagai tuduhan dan kesalahan yang sukar sekali diadili, segalanya kelihatan tidak berpihak kepada mereka. Kemelesetan persefahaman parti-parti komponen juga menjadi tanda-tanya.

Dari kecelaruan polisi yang menyaksikan anak-anak kecil termengah-mengah berbahasa Inggeris untuk mengikuti pengajian sains dan matematik, hinggalah kepada kecetekan idea seorang menteri besar dalam menangani permasalahan ketidakcekapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan hadiah sebatang penyapu, ianya lebih dari cukup untuk rakyat menilai kebebalan yang ditunjukkan.

Cukuplah ianya membebani rakyat. Keperihatinan kepada rakyat menduduki tempat ketiga dan keempat, selepas kepentingan meneruskan agenda dan survival politik melalui pengautan hasil mahsyul negara.

Pendidikan merupakan aspek terpenting di dalam kemajuan masyarakat. Ianya berkait dengan penghormatan daripada masyarakat dunia serta pengiktirafan terhadap universiti tempatan, dan kejayaan pelajar kita di luar negara menjadi sebahagian daripada ukuran mereka.

Sekali lagi universiti-universiti tempatan dimalukan dengan jatuhnya kedudukan mereka dalam ranking universiti sedunia. Sedikit komentar dari seorang pensyarah Universiti Brunel England dijadikan modal untuk menjawabnya. Adakah silap pensyarah pensyarah kita atau pengendalian oleh menterinya?

Sebenarnya, kerajaan Barisan Nasional tidak perihatin mana untuk memajukan modal insan seperti mana yang dilaungkan. Wilayah pembangunan yang 'dihadiahkan' kepada rakyat disambut dengan pelbagai kesusahan yang tiada penghujungnya.

Walaupun pembungkusnya cantik, isinya belum pasti siapa pemiliknya. Itupun kalau ada isi. Pun begitu kesusahan rakyat datang bertimpa-timpa. Kenaikan harga barangan, kesukaran mendapatkan biasiswa mahupun pinjaman untuk pengajian dan pelbagai lagi kebejatan sosial yang menakutkan, merupakan satu sindrom seakan-akan 'AIDS' yang sukar dicari ubatnya oleh kerajaan.

Adakah kerajaan Barisan Nasional sengaja membiarkan rakyat mengidap 'AIDS' ini atau pencandu subsidi demi penerusan agenda mereka? Rakyat tidak berkehendakkan subsidi, tetapi rakyat inginkan kerajaan yang dibersihkan dari najis rasuah, nepotisme dan kronisme, yang boleh membimbing mereka untuk keselamatan dan kemakmuran.

Mereka lebih selesa untuk membiarkan anak-anak mereka berjalan di jalanraya tatkala berlangsung sebuah perhimpunan aman, daripada berjalan seorang diri hatta di tepi rumah mereka.

Bila semakin banyak pihak berani menyatakan suara hati, bila seorang imam berani menyaman setiausaha Umno dan bila ada saluran yang boleh membangkitan kuasa yang ditenggelamkan, maka segala bala tentera digunakan, segala syafaat dicari untuk mengumpan rakyat, demi menghalang kebangkitan kuasa termasuklah kuasa rakyat yang bakal digunakan di dalam pilihanraya umum tidak lama lagi.

Marilah berusaha untuk terus membangkitkan kuasa rakyat dan mereka yang diberikan hak dan kuasa untuk menggunakan sepenuhnya kekuasaan mereka demi agama dan negara. Katakan tidak kepada Barisan Nasional.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive