KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 16, 2007

Kehakiman kian cemar

dipetik: Malaysiatoday
KAMAL AMIR MENULIS

MENONTON berita TV 3 jam 8.00 malam tanggal 15 Disember 2007 jelas membuktikan berlakunya campurtangan eksekutif dalam badan kehakiman apabila Abdullah Ahmad Badawi menyatakan dia telah meminta Peguam Negara mengkaji semula tuduhan keatas 31 demonstran kumpulan Hindraf.


“Datuk Samy Vellu telah menyampaikan kepada saya permohonan ibu bapa pemuda seramai 31 orang agar anak mereka tidak ditahan serta dibebaskan dari tuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis semasa demonstrasi Hindraf di Batu Caves tempoh hari.

“Mereka juga sudah insaf serta berjanji tidak mahu lagi ikut serta mana-mana perhimpunan Hindraf di masa akan datang kerana selama ini mereka telah terpedaya. Dan saya meminta Peguam Negara supaya mengkaji semula tuduhan keatas mereka”. Antara ungkapan kenyataan Abdullah Ahmad Badawi.

Tergamam bila mendengar kenyataan tersebut. Bagi rakyat biasa mungkin merasakan ia sekadar persoalan remeh, namun sebagai rakyat cinta damai yang menjunjung perlembagaan berpaksi kepada rukun negara dan keluhuran jua kedaulatan undang-undang, kenyataan tersebut menggambarkan “bercempera” serta sempang peranangnya badan kehakiman diperkosa oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Jaminan pemerintahan demokrasi meletakkan tiga cabang kuasa merangkumi Legalslatif (Perundangan), Judisuri (kehakiman) dan Eksekutiff tidak boleh saling campur mencampuri urus tadbir antara satu sama lain. Dalam erti kata Eksekutiff tidak berhak mengarahkan legaslatiff atau Judisuri mengikut kehendaknnya begitu juga sebaliknya.

Dan apabila Abdullah Ahmad Badawi meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan keatas 31 demonstran hindraf, terbukti dia sudah “memperkudakan” untuk mempengaruhi sistem judisuri (badan kehakiman). Menerusi kenyataan tersebut turut membayangkan Abdullah berkuasa samada mahu mengekalkan tuduhan atau membebaskan siapa sahaja dengan berselindung di sebalik kuasa eksekutiff sebagai Perdana Menteri.

Begitu juga sewaktu menjawab soalan wartawan berhubung tindakan memasung selama dua tahu lima aktibis Hindraf, Abdullah menyatakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri bagaikan tidak lagi boleh dicabar kerana proses siasatan 30 hari sebelum di sumbat ke penjara Kemunting di bawah akta ISA seolah-olah tidak diperlukan.

Satu ketika dahulu Abdullah menyatakan tidak sesiapapun boleh mengatasi undang-undang. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib turut mengungkapkan ayat yang sama (sila rujuk kes siasatan Datuk Johari Baharom berhubung tuduhan rasuah 5 juta ringgit).

Mampukah rakyat diyakini badan kehakiman bebas serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana kuasa dalam menterjemah persoalan undang-undang? Falsafah institusi perundangan secara jelas mengungkapkan “keadilan bukan hanya mesti dilihat, sebaliknya ia perlu dibuktikan ujudnya keadilan” atau dalam bahasa Inggeris di sebut : “justice is not only to be seen, but it must be proven to be seen”.

Kalaupun benar pengaruh Perdana Menteri mampu mencampuri urusan badan kehakiman, kenapa harus dicemari oleh kenyataan sebegitu dangkal ? Tidak kah Abdullah sedar kesan perlakuannya itu boleh menzahirkan persepsi rakyat tiada lagi kebebasan badan kehakiman dalam menentukan persoalan keadilan?

Tidak terfikirkah oleh Abdullah kesan kenyataan tersebut tuurut menjerumuskan badan kehakiman dilihat bagaikan kerbau dicucuk hidung? Atau mungkin kerana disebalik kemunafikkannya dia juga terbukti mempunyai sikap “gelojoh”, “argolo” ,”dengkoding” dan bongkak memperlihatkan kuasa tanpa memikirkan kesannya.

Apa untungnya Abdullah melontarkan kenyataan meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan keatas 31 demonstran Hindraf yang menghadapi tuduhan cubaan membunuh seorang angota polis sedangkan mahkamah telahpun menetapkan tiada jaminan diizinkan?

Kenapa mesti Dolah bercakap sedemikian sebelum Peguam Negara mengemukakan hujah di mahkamah? Inilah antara ciri munafik seorang imam mazhab Hadhari. Cakapnya berdolak dalik, sekejap menyatakan undang-undang tidak boleh sesiapa mencampuri tetapi di waktu yang sama dia boleh meminta AG (Peguam Negara) mengkaji semula sesuatu kes.

Sesungguhnya dengan kenyataan sedemikian, Abdullah Ahmad Badawi boleh diseret kemuka pengadilan atas tuduhan “menghina mahkamah”. kerana mengeluarkan kenyataan berpihak “subjudice” sebelum mahkamah memulakan prosiding dan membuat keputusan. Kalau benarpun mahu memenuhi permintaan Samy Vellu yang semakin ketandusan pengaruh dari masyarakat India kenapa tidak didiamkan sahaja tanpa diumumkan kepada khalayak ?.

Menyorot persoalan kententeraman awam, bencana banjir masih belum reda, pengumuman Jabatan Kajicuaca pula memberikan amaran merah terhadap tiga buah negeri (Pahang, Kelantan dan Terengganu) selama tempoh tiga hari mendatang kemungkinan berlakunya hujan tidak berhenti serta bakal menggawatkan situasi sedia ada. Tidak terkecuali Johor dan beberapa negeri lain.

Semasa di Johor dua minggu lalu, Abdullah menyarankan agar sungai diluruskan kononnya untuk mengawal banjir. Tanpa memikirkan banjir merupakan petaka serta musibah dari yang maha esa serta sememangnya sungai itu berbelok-belok kerana terdapat kawasan tinggi dan berbukit-bukit Perdana Menteri bagaikan mahu menongkah hokum alam. Aapakah mungkin akan diujudkan terowong untuk meluruskan sungai?

Mungkin kerana tersampuk dengan cadangan dangkal serba goblok Perdana Menteri, tiba-tiba memanda wazir pertahanan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula turut menyarankan agar kaedah penggunaan bom dilakukan untuk melebarkan kuala sungai Pahang bagi memudahkan air mengalir kelaut.

Tiadakah cara lain untuk melebarkan sungai atau permukaa di muara selain dari menggunakan bom? Kenapa mesti di bom bumi Malaysia yang aman damai hanya kerana bencana banjir! Kenapalah minat sangat Datuk Seri Najib menggunakan kaedah bom? Sudah dikajikah kesan impaknya terhadap permukaan alam serta arkiologi sekitarnya? Sewaktu menonton dua ledakan bom oleh pasukan tentera sudah cukup mengundang geruh di hati berkemungkinan tercetus bahaya lain disebalik usaha mahu memulihkan bencana banjir di Pahang.

Kalangan penasihat kaji bumi serta alam sekitar tidak beranikah memberi pandangan atau nasihat kemungkinan berlakunya pencemaran alam terhadap tindakan mengebom muara sungai itu? Bagaimana pula jika berlaku musim air “pasang keling” yang berlaku setiap lima tahun sekali? Apa upaya mengepung agar air laut dari menerjah masuk? tentulah semakin gawat jadinya jika di waktu yang sama hujan turun?

Cukup-cukuplah kita menggunakan bom untuk berperang .Rakyatpun sudah bosan dengan cerita bom. Janganlah terus melakukan kerosakan demi kerosakan keatas muka bumi, khuatir nanti lebih banyak bencana lain bakal melanda. Kalaupun niatnya baik namun penggunaan bom bukan cara atau kaedah terbaik.

Selurus-lurus Sungai Nil pun turut dijengah banjir besar. Bila Allah mahu melakukannya,tiada satu kuasa mampu menahan kehendaknya, janganlah kita cuba-cuba mahu menunjuk pandai serta melakukan kerja yang tidak masuk akal. Selain dari pasrah terhadap maha esa kita seharusnya segera merenung kedalam diri terhadap kerosakan lain yang dilakukan hingga mengakibatkan bencana diturunkan oleh Allah.

Setiap perbuatan tuhan itu ada rahsia tersembunyi disebaliknya. Air merupakan rezeki. Seandainya bumi kering kontang mampukah kita menjelmakan kehadiran air? Bacalah surah Ar-Rahman sebanyak 30 kali tuhan mempersoalkan nikmat tuhan kamu yang manakah yang mahu dinafikan?

“Kamukah yang menurunkan air dari langit, kamukah yang menjadikan air itu ada yang tawar dan ada yang masin, kamukah yang menghidupkan atau mematikan? Nikmat tuhan yang mana lagi mahu kamu nafikan?” baca serta perhatikan maksud ayat tersebut.

Janganlah sikit-sikit guna bom, mahu mengatasi banjir bumi dibom, gara-gara khuatir hilang kuasa maka segera dipasong pengkritik dan pembangkang, Cukup-cukup lah melakukan kerosakan di muka bumi ini.Tidak terfikirkah olehnya kemungkinan semua bencana ini datang kerana salah lakunya menjual agama untuk memancing yakin rakyat?

Melihat jalur politik Perdana Menteri yang mengaku dirinya “seorang muslim yang baik” ternyata amat banyak tindak tanduknya bercanggah dari apa yang dicakapkan . Dia mengaku cucu ulama tetapi perangai tidak sealiran tuntutan agama agar sentiasa berada dalam kesederhanaan, malahan dia terus berhibur hingga sanggup menganjurkan dua persembahan hiburan di kediamannya sedangkan semua itu tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Dolah lebih banyak berbohong daripada bercakap benar. Mungkin kerana itulah maka bala yang berlaku merupakan sebahagian daripada agenda Tuhan menghukum hambanya atas kefasikkan serta kemunafikkan mereka. Cara mudah untuk menolak semua bala sebelum lebih parah lagi adalah dengan penggunduran Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan Perdana Menteri ,jika benar-benar dia sayangkan rakyat dan negara.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive