KUALA LUMPUR, 16 Disember- Penjaja kecil dan penduduk di Kampung Kerinchi pagi tadi kecoh apabila penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur datang ke pusat penjaja kecil Kampung Kerinchi dengan membawa jentera jentolak dan lori pengangkut untuk merobohkan klawasan perniagaan kecil terbabi.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila para penjaja mempersoalkan notis singkat yang diberikan oleh DBKL untuk mengosongkan gerai berkenaan dengan notis hanya lima hari.
Para penjaja yang diketuai oleh Abu Seman juga membantah tindakan terburu-buru pihak DBKL tanpa membuat perbincangan secara terperinci sebelum arahan pindah dieluarkan kepada meraeka.
Menurut Timbalan Ketua Penjaja, Zainudin Kadir mereka sangat kecewa apabila surat rayuan penagguhan notis roboh yang dihantar kepada DBKL dan wakil rakyat Lembah Pantai tidak mendapat sebarang jawapan.
Turut hadir untuk solidariti kepada para penjaja iala Ketua Angkatan Muda Wilayah Persekutuan, Md Zaman Md Tasi yang melahirkan rasa simpati keatas apa yang berlaku terhadap penjaja kecil berkenaan.
Beliau turut mempertikaikan wakil rakyat BN dikala rakyat menghadapi masalah tempatan yang sepatutnya wakil rakyat tersebut turun untuk membantu rakyat didalam keperitan.
“Dimanakah wakil rakyat Barisan Nasional ketika ini? sepatutnya dalam suasana kecoh ini wakil rakyat turun membantu mengurangkan keperitan & menyelesaikan masalah yang timbul,”katanya ketika ditemui Suara KeADILan petang tadi.
0 comments:
Post a Comment