BN Mampu Terus Memerintah Negara, Kata Abdullah
KEPALA BATAS, 16 Dis (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mampu untuk terus memerintah negara kerana mempunyai rekod pemerintahan yang panjang dan berjaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata berdasarkan pengalaman yang panjang itu, parti berkenaan berjaya memacu ekonomi dan pembangunan negara ke tahap yang membanggakan.
"Kerana itu kita perlu mengekalkan tradisi (memilih kerajaan sekarang) bagi memelihara hubungan baik antara kaum untuk memastikan kesejahteraan rakyat," katanya ketika melancarkan gerak gempur BN Kepala Batas di Wisma Umno di sini.
Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata BN memerlukan mandat untuk tempoh yang lebih panjang bagi membolehkannya membasmi kemiskinan tegar menjelang Wawasan 2020.
Beliau berkata sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik secara bertanggungjawab, BN sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan kerana itu ia sentiasa dihormati dan dihargai.
"Kita adalah parti yang sanggup memerintah dan sanggup membela rakyat, pengalaman yang ada akan jadi teladan dan ingatan," katanya.
No2umno - Abdullah Badawi rupanya masih belum sedar? Hendak membebel tiap hari pun, kita dak naik letih. Tapi Barisan nasional terus PERASAN BAGUS.
0 comments:
Post a Comment