Email dari: Radenjowo
Berani kerana benar dan takut kerana salah. Itulah cogankata sebenar. Namun sejauh mana ianya masih dipraktikkan sekarang atau ia berlaku sebaliknya. Ini kerana yang berbuat salah itu selalunya terlepas dan yang dihukum adalah orang yang tidak melakukan kesalahan tetapi kerana menegakkan kebenaran.
Nak sekarang isu HINDRAF masih di terus teruskan. Ada pihak yang cuba untuk menakut nakutkan rakyat untuk memaksa rakyat membenci sesuatu kaum itu. SMS berlegar dan berlegar. Pelbagai tuduhan dibuat tetapi tiada siapa yang mengaku. Amaran diberikan tetapi tiada siasatan dan tangkapan yang dibuat. Kenapa?
Mungkin ada yang cuba untuk mengembalikan sikap bergantung rakyat pada sesebuah parti pemerintahan itu. Sorong sorong, kemudian tarik.
Sebelum ini, PEKIDA dituduh menyebarkan SMS lucah tentang adanya perhimpunan di beberapa buah tempat. Tuduhan itu ditepis. Sebelum PEKIDA, Tengku Adnan juga turut dituduh kerana menyebarkan SMS berkenaan penemuan sekontena senjata di Batu Caves. Beliau turut menafikan. Selepas itu pula, Hisammuddin pula. Semuanya memberikan reaksi yang sama.
Refer:
Pekida gathering is a rumour
Pembodohan media Malaysia
Hisham nafi sebar SMS
Hishammuddin Nafi Ketuai Perhimpunan Di Kg Baru 19 Disember Ini
Hisham nafi satu lagi SMS membabitkan dirinya dan Khairy
Namun di dalam banyak banyak tuduhan, tidak langsung membabitkan parti pembangkang mahupun jenis kaum di Malaysia. Mungkin ia isu terpencil tetapi setakat ini tiada penjelasan dari Pihak Berkuasa untuk menghentikan tabiat buruk "mengedar SMS" ini.
Rakyat Malaysia sudah pernah lalui kejadian 13 Mei. Ketika itu, kekecewaan bangsa Melayu dan semangat mengatasi akal fikiran. Kini zaman moden, banyak media alternatif dan info yang boleh diperolehi berkaitan dengan sebarang isu. Pergi ke "Google" atau "Yahoo", klik pada search dan semua butiran terkeluar termasuk berita arus perdana atau dari bloggers.
Usaha mengapi apikan perkauman tidak lagi mudah dilakukan. Ianya terus GAGAL. Ini kerana rakyat semakin matang dan bijak berfikir. Siapa yang mahu bergaduh? Satu persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri. Adalah mustahil sekiranya, hari ini bergaduh dan ia akan selesai secepat mungkin selain dari kemungkinan mengorbankan nyawa kita sendiri. Banyak lagi pekerjaan lain yang lebh berfaedah yang boleh dilakukan selain dari pergaduhan seperti membongkar kesilapan dan korupsi kerajaan sekarang.
Isu perkauman sering dimainkan setiap kali sokongan terhadap kerajaan berkurangan. Mahu tahu, buka buku, kaji sejarah. Ianya ditimbulkan untuk memaksa rakyat bergantung harap pada kerajaan dan pihak berkuasa. Tetapi kepercayaan yang telah semakin hilang dan terhakis, telah mengikis kepergantungan kita kini kepada kerajaan dan pihak berkuasa. Isu jenayah pun tidak boleh selesai inikan pula untuk mengadu tentang perbalahan kaum. Bila tiada yang mengadu masalah, kerajaan bimbang. Mereka tahu, kerajaan semakin dipinggirkan.
Hari ini aku melihat, india, cina dan melayu minum bersama. Bila ditanya, "Dengar cerita ada pergaduhan kaum?". Mereka kata "Itu semua mainan politik."
Jelas, rakyat sudah semakin matang. Sehingga hari ini, berita, media dan pemimpin asyik memberikan amaran sedangkan tiada siasatan tentang SMS dan tiada berita sebarang tangkapa. ISA konon...atau ianya satu lagi usaha ulang tayang "TRAGEDI 13 MEI" yang sengaja di besar besarkan untuk memaksa rakyat menjerti dan melolong "Tolong lah kami....Tolong lah kami."
Dec 16, 2007
SMS GAGAL CETUS RUSUHAN KAUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment