KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 2, 2008

Cerita pelik pagi Sabtu

Samy bimbang golongan miskin bandar tidak berumah
MStar

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengkaji semula dasar pinjaman perumahan bagi masyarakat berpendapatan rendah.

Katanya beliau akan bertemu menterinya Datuk Seri Ong Ka Ting tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.

"Masalah itu perlu dibangkitkan terutama sekali bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah yang tinggal di bandar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Setinggan Lebuhraya di Plaza Tol Mines Selatan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) di sini Jumaat.

Di majlis itu, seramai 239 keluarga setinggan daripada enam kampung di sekitar Lebuhraya Sungai Besi -- Kg.Tai Yew, Kg.Baru Salak Selatan, Sekolah Tai Thung, Kg.Melayu Muhibbah, Batu 4 Jalan Sungai Besi dan kawasan depan Kelab Lumba Kuda diberikan kunci penempatan semula di Pangsapuri Kos Rendah Permai.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive