Kosmo
KUALA TERENGGANU - Pelajar dari luar negeri ini dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di tempat pembakaran sampah di kawasan asrama sebuah universiti di sini kelmarin.
Pelajar tersebut merupakan antara 36 pelajar yang tidak sempat disoal siasat kerana telah pulang ke rumah masing-masing sehari sebelum itu sempena cuti Tahun Baru Cina.
Difahamkan sehubungan kes itu, polis telah menghubungi keluarga seorang pelajar yang disyaki mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi di kampus asrama tersebut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu kerana ia masih dalam siasatan.
Sementara itu, seorang pekerja am di kampus tersebut, Sariah Abdul Rahman, 46, berkata, dua hari sebelum mayat bayi itu ditemui, dia terkejut mendapati terlalu banyak darah dan lendir di dalam pam sebuah tandas di aras satu asrama di universiti tersebut.
Malah dakwanya, dia juga menemui tompokan darah di atas lantai dan pada mulanya disangka hanya darah haid pelajar di situ.
"Saya mengepam mangkuk tandas itu lebih 10 kali tetapi darah bercampur lendir itu tidak mahu hilang menyebabkan saya mengesyaki ada pelajar menggugurkan kandungan di situ,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Pong, di sini semalam.
Menurut Sariah, andaiannya itu bertambah kuat apabila seorang rakan sekerjanya menemui benda pelik yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dimasukkan dalam plastik dibuang ke dalam sebuah tong sampah di luar tandas berkenaan.
"Kawan kakak cuba carikkan bungkusan kertas yang lembap itu dan dia nampak seperti satu objek berwarna putih seperti daging ayam tetapi takut untuk memeriksa lanjut," katanya.
Sariah memberitahu, selepas itu kawannya terus mengangkat beg plastik tersebut dan ia diletakkan bersama longgokan sampah lain di bawah asrama sebelum pekerja lain mengutip dan membakarnya pula.
Bagaimanapun jelasnya, pada keesokan harinya (Khamis) masih ada sisa darah di dalam pam tersebut walaupun ia telah dipam berkali-kali menyebabkan dia mula tidak sedap hati dan meminta rakannya, Amran Yusof, 34, untuk menyiasat bungkusan yang dibuang sehari sebelumnya.
Ujar Sariah, Amran yang memeriksa tempat pembuangan sampah di belakang asrama universiti berkenaan yang baru dibakarnya buat kali kedua terkejut menemui mayat bayi yang terbakar di bahagian punggung dan masih berdarah.
Amran memberitahu, dia mulanya nampak mayat bayi itu seperti kaki kucing tetapi selepas dibelek betul-betul baru dia nampak tali pusat yang mengesahkan ia adalah mayat seorang bayi.
Semalam KOSMO! melaporkan, lebih 800 pelajar perempuan sebuah universiti di sini 'dikuarantin' bagi disoal siasat ekoran penemuan mayat seorang bayi di tempat pembakaran sampah di kawasan asrama mereka.
Bagaimanapun, kesemua pelajar yang dikumpulkan di dewan universiti tersebut bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari tidak mengaku bertanggungjawab dengan pembuangan bayi tersebut.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment