klpos
MENTERI Mentor Singapura Lee Kuan Yew berkata Singapura akan meraih manfaat dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) namun pada jangka panjang Malaysia akan meraih manfaat lebih besar. Oleh itu, Malaysia perlu merubah pemikirannya - daripada pandangan berasaskan persaingan dan kebencian terhadap Singapura kepada kerjasama dan sedia menerima negara ini.
Apatah lagi, Malaysia mempunyai bakat dan sumber tenaga lebih luas berbanding Singapura. Lee berkata, Singapura akan melakukan apa yang terdaya dan patut dilakukan untuk memastikan IDR berjaya.
'Soal siapa yang akan dapat lebih manfaat (daripada projek WPI), sejarah akan menentukannya,' kata Lee semasa ditemui media di kediamannya semalam.
Kenyataan beliau adalah sebagai mengulas lebih lanjut komen yang dibuatnya dalam satu sidang Institut Pengajian Dasar, tengah hari semalam, tentang adakah Singapura memerlukan kawasan pedalaman, seperti Malaysia, untuk berkembang sebagai sebuah kota sejagat. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment