pencarianabadi.
Assalamualaikum wbrt.
Nampaknya sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog ini. Posting terakhir saya ialah pada 7 November tahun lepas dan ianya adalah berkaitan kegilaan media sepanjang perhimpunan agung UMNO.
Kali ini saya masih mengatakan bahawa media arus perdana akan terus menjadi gila malah lebih gila dari yang sebelumnya. Dua hari lepas Pak Lah telah membayangkan bahawa PRU 12 sudah semakin hampir dengan menyatakan "sudah dekat nak umumkan". Inilah faktor utama yang menyebabkan media ini akan menjadi gila.
Sekali lagi kita akan menyaksikan 'Berita Hairan', 'Utusan Meloya', 'TV3 suku, RTM dan ASTRO akan berubah haluan. Tajuk-tajuk berita akan menjadi proganda kepada Barisan Nasional. Dimana BN akan digambarkan sebuah parti yang kuat, cintakan negara, memperjuangkan agama, menjaga kebajikan rakyat dan seumpamanya. Pada masa yang sama pihak pembangkang akan digambarkan sebagai parti yang kolot, kekampungan, tidak realistik, tiada perpaduan, ganas dan seumpamanya. Pilih BN bermakna rakyat akan sejahtera, negara akan terus maju, makmur dan membangun manakala sebaliknya akan berlaku jika rakyat memilih pembangkang.
RTM pasti akan menjadi bapak kepada semua propaganda ini... Dokumentari dan segmen2 khas akan diterbitkan dan diulang siar setiap masa dan ketika sehingga propaganda ini melekat pada fikiran rakyat. Dijangkakan juga rancangan Salam Pantai Timur sekali lagi akan memainkan isu-isu yang berlaku di Kelantan dan Terengganu seperti sebelum PRU 11 yang lepas. Tapi sayang M.Rajoli pasti tidak dapat bersama pada kali ini untuk membawa watak ulamak Hadhari memandangkan beliau sedang bercuti di hospital. Apapun kita tetap doakan agar beliau akan cepat sembuh dan diberikan hidayah oleh Allah swt. Masih dalam ingatan saya ketika di satu ceramah PAS di Sungai Ramal pada tahun 1999, M.Rajoli dan Hjh. Wan Chik Daud adalah di antara mereka yang membuka gerai disitu. Sekali pandang dari pemakaiannya M.Rajoli pada masa itu boleh bertukar dengan Ust. Wan Ismail dan Ust. Hassan Shukri.
Keadaan yang sama juga telah berlaku dan akan lebih parah kepada 2 buah surat khabar melayu arus perdana yang utama iaitu Berita Harian dan Utusan Melayu. Saya juga masih teringat pada tahun 1999 yang lalu, oleh kerana tidak tahan dengan laporan media yang terlalu berat sebelah dan pembohongan maka ada pelajar sebuah universiti telah bertindak mencampakkan semua akhbar yang sepatutnya dijual di koperasi U tersebut ke dalam longkang besar. Pada hari itu, tiada surat khabar yang dijual di koperasi tersebut. Kita ingatkan agar laporan akhbar perlulah benar dan berasas. Etika dan prinsip kewartawanan perlulah dipatuhi dan dipertahankan.
Kesimpulannya, media pada hari ini telah menjadi alat kepada parti pemerintah bagi menarik sokongan rakyat dan menjadi penghasut untuk membenci pembangkang. Kita tunggulah sehingga Pak Lah umumkan pembubaran parlimen dan tarikh PRU 12 untuk melihat keadaan media di sebuah negara demokrasi yang bebas.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment