KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 3, 2008

CINA SEKINCAN TAU BURUK PERANGAI KHIR TOYO

BN Perlu Kerja Keras Rampas Kembali Kerusi DUN Sekinchan

SABAK BERNAM, 2 Feb (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini berkata BN khususnya MCA dan Gerakan mesti bekerja keras merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata MCA dan Gerakan mesti bekerjasama meraih sokongan pengundi bagi memastikan kerusi yang dimenangi oleh wakil DAP, Ng Swee Lim pada pilihan raya umum lepas dapat dimenangi BN.

Berucap pada majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2008 di Sekinchan di sini hari ini, beliau berharap pengundi di Sekinchan menerima dengan baik siapa jua calon BN yang diletakkan bagi kawasan itu.

Pada pilihan raya 2004, calon MCA Chia Kim Lem, yang menerima 4,559 undi tewas kepada Ng yang memperoleh 4,903 undi.

"Gerakan dan MCA perlu kerjasama, kita tidak mahu ahli-ahli (parti BN) kita tidak setia kempen calon BN untuk Parlimen tetapi untuk DUN sokong calon pembangkang ini tidak baik," kata Dr Mohamad Khir.

Menurut Menteri Besar itu kekalahan calon BN di Sekinchan pada pilihan raya umum lepas dikatakan berpunca daripada pengundi-pengundi tidak sukakan calon MCA.

Sambil menjangkakan pilihan raya umum ke-12 akan diadakan tidak lama, kemungkinannya selepas sambutan Chap Goh Mei, Dr Mohamad Khir berkata jentera BN perlu bersiap sedia mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum itu.

Pada majlis itu, Khir menyampaikan bantuan kepada 262 orang yang terdiri daripada ibu tunggal, pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, warga emas dan orang kurang upaya kaum Cina.
No2umnO - Sorry Khir Toyo .... Cina Sekincan tak sebodoh cina tempat lain.....Kalau bukan kerana wang, mungkin BN langsung tidak mendapat undi. Sekincan adalah lokasi sejarah Khir Toyo. Siapa tak kenal dia, tapi semua orang dah tau buruk perangai Khir Toyo yang berkawan dengan seorang tokey kontraktor Cina yang terlibat dengan projek Jalan Pintas sekincan. Cina disana pandai, kalau sokong BN, mereka dipinggirkan. Kalau sokong pembangkang, kerajaan akan tabur projek untuk beli undi. Oleh itu ..... baik sokong pembangkang.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive