tranungkite.net
Oleh : Anok Manir, Terengganu.
“Derih Jusoh telah ‘masuk gear 5’ di dalam usahanya mengekalkan pemerintahan jahatnya di Terengganu”. Itulah ungkapan yang penulis dengar dari seorang aktivis PAS veteran di Kampung Manir ketika penulis singgah di kedai kopi disitu untuk mengenakan secawan ‘kopi Janggut’.
Keghairahan Derih Jusoh untuk memenangkan UMNO di Manir telah diketahui oleh semua orang-orang UMNO Terengganu. Bahkan Derih Jusoh telah melaungkan amaran awal pada tahun 2005 ketika berkunjung ke Manir akan keinginannya melihat UMNO kembali mengambil kerusi Dun Manir. Yang mana di Dun Manir inilah UNMO telah menjadi kucing kurap sejak 20 tahun dulu.
Jambatan Manir telah ditawan oleh Derih
Pada 2hb Feb 2008, Derih Jusoh telah menghantar kuli-kuli upahannya untuk menggantung deretan bendera UMNO dan Barisan Nasional di Jambatan Manir yang panjangnya dalam 400 meter itu. Penulis melalui Jambatan tersebut pada pagi 2hb Feb untuk ke Rusila, Marang bagi mendengar Kuliah Jumaat Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dan perasan akan penawanan Jambatan yang mana menurut ingatan penulis, belum pernah berjaya ditawan oleh UMNO semenjak Pilihanraya Umum 1999.
Derih Jusoh telah melakukan penawanan secara sepenuhnya ke atas Jambatan Manir ketika pengumuman Pilihanraya Umum belum lagi dibuat oleh Dollah Badawi yang pura-pura alim itu. Tidak cukup dengan itu, deretan kain rentang menhentam PAS telah digantung disimpang 3 Pasar Manir. Juga dilakukan pada tarikh 2 feb.
Derih Jusoh telah terdesak nampaknya. Derih juga kelihatan bertarung sendirian ketika orang-orang PAS belum menunjukkan kekuatan mereka yang sebenarnya. Derih Jusoh seperti gila bayang di Manir sehingga mengambil keputusan menggantung poster dan bendera secara besar-besaran diManir.
Bagi kebanyakkan penduduk Manir, mereka merasa benci dan meluat melihat kibaran bendera UMNO di atas jambatan panjang itu. Jambatan Manir yang sebelum itu indah dengan pemandangan Pulau di kiri dan kanan jambatan tersebut telah dicemari dengan bendera UMNO yang menyemakkan mata memandang.
Makluman untuk pembaca sekalian, daripada 6 kain rentang yang digantung berhampiran ‘BillBoard’ besar yang tertera perkataan “Masa Depanmu Terjamin”, 3 daripadanya telah rebah ke bumi. Kain rentang sombong ciptaan Derih Jusoh itu hanya bertahan sekitar 36 jam sahaja sebelum ianya rebah ke bumi. Penulis sukar menjawab persoalan siapa yang telah merebahkan kain rentang tersebut memandangkan Manir adalah kubu kuat PAS sejak 20 tahun dahulu. Ditambah pula ketika ini angin bertiup kencang pada waktu petang. Tidak mustahil angin yang telah merebahkan kain rentang tersebut.
Cabaran untuk Derih Jusoh
Jika Derih Jusoh anak jantan, biarlah dalam Pilihanraya Umum nanti beliau dan semua calon-calon UMNO di Terengganu bertanding atas padang yang sama rata. Jangan menggunakan media cetak dan elektronik untuk berkempen.
Jangan digunakan badan-badan kerajaan seperti Kemas, Jabatan Kebajikkan Masyarakat, Majlis Agama Islam Terengganu dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
Bahkan jangan menipu dengan menggunakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR. Jangan menggunakan Polis untuk menakutkan kehadiran orang ramai ke ceramah PAS.
Jika kamu anak Jantan wahai Derih Jusoh, sahutlah cabaran kami ini….
Feb 3, 2008
Keghairahan Derih Jusoh untuk menang di Manir, poster jahat mula digantung
Labels: ALAHAI IDRIS ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment