Radenjowo
Ada ramai yang memuji Mahathir. Aku antaranya. Tapi yang salah tetap salah, walaupun aku disogok dengan duit, kain pelikat dan biasiswa, yang tidak benar tetapi tidak benar dan kerana itulah aku bukan ahli UMNO. Kalau aku jadi ahli UMNO, sudah pasti aku diantara mereka yang dihalau ketika Forum PASCA UMNO PRU12 tempoh hari.
Taksub UMNO sudah ke tahap yang membimbangkan. Kalau BN itu adalah agama, UMNO adalah mahzab yang menyongsangkan. Ada yang menganggap Mahatir seperti wali dan Pak Lah bagaikan Tuhan. Tanpa mereka, kononnya hidup terumbang ambing. Itu pendirian orang yang tidak beriman. Rezeki bukan dari mereka dan kerana itu mereka tidak boleh dianggap Tuhan. Tapi kita tak akan faham dengan fahaman sesetengah orang yang terlalu taksub dan menuduh orang lain pula yang taksub.
Dalam bijak bijak Mahathir sebenarnya beliau tidak lebih dan tidak kurang seperti kita semua. Sering melakukan kebaikan dan juga kejahatan. Dan tidak kurang juga kesilapan, Sejauh mana mereka sedar, aku tak tahu tapi yang pasti aku tahu kesilapan beliau. Sejauh mana orang boleh menilainya, itu terserah kepada sifat kemampuan seseorang itu. Kalau dah lama sangat di sumbat dengan khabar gembira, maka gembira lah mereka. kalau di dedahkan dengan salah guna kuasa, maka Mahathir itu adalah pengkhianatnya.
Kini Mahathir akui Najib lemah. Sebelum ini dia sendiri yang memertabatkan Najib sebagai manusia yang layak menggantikan Dollah Badawi. Bagaikan tiada lah yang layak kecuali Najib sahaja. Melalui forum tempoh hari, beliau menyatakan sendiri bahawa Najib sebenarnya lemah. Penyokong anggukkan kepala dan menyalahkan Najib kerana lemah. Cuma mereka lupa bayangkan bahawa sekiranya kelemahan Najib itu disedari selepas beliau menggantikan Dollah, maka Najib adalah spesis yang sama seperti Dollah. Baik pada awalnya dan buruk pada pertengahan dan akhirnya.
Kalau Najib lemah dan Dollah lembab, maka yang salah adalah Mahathir sendiri kerana melantik dan memilih orang yang lemah dan lembab. Siapa yang lahir ketika pemerintahan UMNO? Tajuddin Ramli, Halim Saad dan beberapa orang lagi yang kini sudah tinggal nama.
Di dalam kecekapan dan ketegasan Mahathir, sebenarnya kelemahan beliau adalah membuat sesuatu dengan terburu buru. Kurang pertimbangan, hentam keromo dan membazir. Akibatnya semua hancur berkecai dan masa depan UMNO sekarang bagaikan telur di hujung tanduk. Senget ke kiri atau kanan, depan dan kebelakang, telur akan jatuh dan UMNO akan hancur berkecai. Semua nya adalah gara gara Mahathir yang silap dan berterusan silap membuat percaturan.
Kalau hendak teguhkan UMNO berikan padanya dan kalau nak hancurkan UMNO, juga serah kepada nya. Mahathir manusia serba boleh.
Kalau aku orang UMNO, aku akan mempersoalkan tentang semua ini. Tapi apa kan daya kerana yang bijak tidak akan sertai UMNO. Penyokong UMNO adalah hanya tunggul kayu dan lalang kering. Diterbangkan angin kesana kemari. Hendak dibakar, melawan, tidak dibakar merosakkan pandangan. UMNO tinggal nyawa nyawa ikan. Harapkan beberapa orang yang lemah fikiran untuk sokongan. Tanpa manusia yang taksub ini, UMNO sudah lama dikuburkan. Tahun 2008, bukan tahun MERAWAT UMNO tapi tahu MELAYAT UMNO.
Tahu apa itu layat? Layat adalah perkataan seerti dengan menziarah mereka yang sudah meninggal dunia, dan tahun 2008 ini adalah tahun MELAYAT UMNO
Apr 2, 2008
2008 TAHUN MELAYAT UMNO
Labels: Barua UMNO, Belit Mahathir, Forum Umno Pasca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment