NORHAYATI (kiri) dan Mastura diceraikan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang ahli perniagaan bertindak melafazkan cerai talak satu terhadap kedua-dua isterinya hanya dalam tempoh tiga minit di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Roslan Ngah (gambar kecil), 44, menjatuhkan talak ke atas isteri keduanya, Mastura Ahmad, 35, pada pukul 11.50 pagi dan diikuti isteri pertamanya, Norhayati Ismail, 46, pada pukul 11.53 pagi di hadapan Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek.
Norhayati yang telah berkahwin dengan Roslan sejak 1986 sehingga dikurniakan empat orang anak dan Mastura sejak 1995 dikurniakan dua orang anak kelihatan tenang ketika talak satu itu dilafazkan. more...kosmo.
Apr 2, 2008
Cerai dua isteri catat sejarah
Labels: Ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment