Malaysiakini
Anak-anak Felda generasi kedua, yang jumlahnya kini lebih 500,000 orang, rata-rata kecewa kerana janji kerajaan-kerajaan negeri sejak 20 tahun lalu, untuk memberi mereka tempat tinggal dan tanah, masih belum ditunaikan hingga hari ini.
Sehubungan itu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meminta semua kerajaan negeri terbabit supaya menunaikan janji tersebut bagi menyelesaikan masalah tanah dan rumah yang dihadapi oleh anak-anak Felda generasi kedua di seluruh negara.
"Kita kecewa panggilan 'anak emas' diberikan kepada warga Felda sedangkan selama ini, kebajikan kami sebagai anak generasi kedua kurang diberi perhatian," kata Presidennya, Mazlan Aliman hari ini.
ANAK, yang ditubuhkan November tahun lalu dan kini mempunyai 2,000 ahli. Terdapat 323 tanah rancangan Felda di seluruh negara dengan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan mempunyai keluasan tanah dan bilangan penduduk tanah rancangan Felda yang terbesar.
Bernama memetik Mazlan sebagai berkata, persatuan itu telah mengumpul nama 267 anak peneroka generasi kedua di bawah kempen Permohonan Tanah Kosong Felda. more..
KALAU DIN JADI PM... MEMANG NAYA LA KAKITANGAN AWAM
59 minutes ago
1 comments:
ha..!!!apa lg wahai anak felda...
ambik la tindakkan....
tindakkan apa..ko tnye aku..????
TinDakkaN pangkah BN laaa....
hahahaha.....
Post a Comment