depa-kata.blogspot.
Bhg 1
HEBAT bukanlah perkataan yang tepat untuk menggambarkan suasana forum 'UMNO PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-12: SATU PENILAIAN', anjuran KMU di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pagi tadi. Perkataan yang lebih tepat ialah ia sangat hebat.
Melainkan media perdana menghantar wakil yang tidak tahu mengagak dan mengira, atau laporannya dibetulkan oleh editor yang mengikut arahan pihak tertentu, tiada siapa pun akan berkata majlis itu tidak mendapat sambutan.
Pihak penganjur pada mulanya menjangka hanya kira-kira 1,000 orang akhir hadir, namun jumlah itu ternyata lebih daripada sekali ganda. Selain dewan yang sesak sehingga banyak yang terpaksa berdiri, orang ramai, daripada berbagai peringkat umur turut memenuhi ruang legar hotel tersebut untuk mengikuti perkembangan di dalam dewan di skrin besar yang disediakan.
Panas. Itu juga bukan perkataan yang betul untuk memberikan gambaran bagaimana forum itu berjalan. Yang lebih betul ialah ia sangat panas dan sangat menarik. More...
Bhg 2
Khir Toyo juga teruji beraninya hari ini. Walaupun khabarnya terdapat usaha Perhubungan Umno Selangor melarang mereka yang di negeri itu menghadiri forum tersebut, namun Khir melanggar pantang. Ratusan ahli Umno dari bebeberapa bahagian di Selangor turut bersama di dewan itu. Yang memakai baju Umno Bahagian Serdang pun ada, dan ramai.
Fuad Zarkashi mungkin tidak begitu dikenali oleh mereka yang tidak mengikuti perkembangan Umno dari dekat. Tetapi jika dia terus diberi ruang seperti ini di tempat-tempar lain yang agak ‘jauh’ darinya, pasti dalam masa yang singkat Ketua Penerangan Umno Johor ini akan melonjak sebagai salah seorang bintang besar dalam Umno.
Seperti Mukhriz, yang tidak berselindung sedikit pun mengkritik kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Fuad juga tidak bersembunyi di sebalik telunjuk. Dia membelasah kaki ampu dan tukang angguk. Dia membalun mereka yang takut bercakap benar kerana sayangkan kedudukan. Dan dia tegas dengan pendiriannya bahawa Umno perlu direformasikan jika mahu terus tegak sebagai parti yang bermaruah. more...
Apr 2, 2008
SEKITAR FORUM UMNO PASCA PRU KE-12
Labels: Forum Umno Pasca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
tun mahathir tu nakjadikan malaysia ni mcm singapura ke...anak jadi perdana menteri,bapak jadi penasihat,
Post a Comment