Mukhriz perlu dipecat dari jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia
petikan dari kpmu.net
by : pendeta
Sekarang ini Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir begitu lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Paling terbaru semalam dalam satu forum di Petaling Jaya di mana beliau secara terbuka menghentam Pak Lah.
Yang saya hairan bagaimana Ketua Pemuda, Datuk Hishamudin Tun Hussein boleh senyap sahaja? Sepatutnya beliau menyelar Mukhriz kerana memalukan Presiden UMNO di khalayak ramai. Pemuda UMNO perlu bertindak tegas dengan memecat Mukhriz dari jawatan Exco Pemuda.
Kalau rasa tak sebulu dengan Presiden UMNO, lebih baik letak jawatan sebagai Exco Pemuda. Katakan Exco Pemuda bermesyuarat dan mengambil ketetapan berdiri teguh di belakang Pak Lah, apa pula dengan pendirian Mukhriz? Jika tak setuju, lebih baik letak jawatan sebagai Exco Pemuda.
Ini adalah kali ketiga Mukhriz memalukan Pak Lah. kali pertama pada dua tahun lepas, ketika beliau memberi komen kepada ucapan Pak Lah selepas merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2006. Beliau kata ucapan Pak Lah tidak ada yang luar biasa.
Ketika itu semua Exco Pemuda membantah Mukhriz. Kali kedua selepas pilihan raya baru-baru ini, beliau dikatakan menulis surat kepada Pak Lah untuk meminta Pak Lah berundur dari jawatan Perdana Menteri. Pemuda tidak ambil tindakan kepada Mukhriz kerana kononnya surat itu surat periba]di dan entah siapa yang membocorkan isi surat itu kepada media.
Paling terbaru, semalam Mukhriz menghentam Pak Lah lagi. Saya berharap kali ini Exco Pemuda biarlah tegas sikit ambil tindakan kepada Mukhriz. Buat apa Pemuda kalau Hisham tak ambil tindakan kepada Mukhriz. Mukhriz telah menyatakan persetujuan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia jika Hishamudin tidak mempertahankan jawatan itu. Mungkin Hishamudin bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Kerusi yang bakal direbut oleh Khairy Jamaluddin nampaknya akan ditentang habis-habisan oleh Mukhriz.
Apakah kali ini Hisham akan memberikan Mukhriz kekebalan lagi dan menganggap apa yang Mukhriz lakukan adalah hak peribadi. Kita sama-sama saksikan apakah tindakan yang akan di ambil oleh Hisham setelah terang dan nyata seorang ahli UMNO/Ahli Parlimen/Exco Pemuda UMNO menghentam kepimpinan tertinggi UMNO. Bukti telah di gengaman.
Alasan apa lagi yang akan Hisham berikan untuk mempertahankan Mukhriz kali ini. Apakah Hisham akan berkata bahawa foorum itu adalah anjuran badan NGO yang mana beliau tidak ada hak untuk mengambil tindakan terhadap ahli nya. Apakah tindakan Hisham Apakah Hisham juga merestui akan insiden kasar yang berlaku terhadap salah seorang Ketua Pemuda dari Sekinchan.
Apr 2, 2008
UMNO SURUH PECAT UMNO
Labels: UMNO bergolak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
orang UMNO nie hampir semua xda "telor". budaya takut menegur kepimpinan dan menjadi "pak angguk" semakin merosakkan UMNO. jika sikap nie berterusan, kita nantikan majlis talqin dan kenduri arwah UMNO.
Post a Comment