Ahmad Razif (kanan) meninjau keadaan
Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai yang
runtuh Jumaat lalu, di Kuala Terengganu, semalam.
BHarian - Semua dewan sekolah di Terengganu yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) akan ditutup selama sebulan bermula hari ini untuk pemeriksaan keselamatan bagi memastikan kejadian bumbung runtuh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai, Jumaat lalu tidak berulang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata beliau sudah meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menghantar notis kepada semua sekolah terbabit semalam untuk menutup dewan bagi memulakan pemeriksaan keselamatan hari ini. more...
Berita bersangkutan
Keluasan bumbung tidak ikut spesifikasi antara punca
Keluasan bumbung yang tidak mengikut spesifikasi, struktur tanah tidak mampat serta kecuaian kontraktor membina dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai, di sini tanpa mengambil kira faktor alam semula jadi dikenal pasti antara punca menyebabkan keseluruhan bumbung dewan besar sekolah itu runtuh tiba-tiba kira-kira jam 8.30 malam, Jumaat lalu.
1 comments:
kan kita boleh untung lagi...nak buat pemeriksaan kan boleh duit lagi..lepas tu kalau nak runtuhkan...boleh duit lagi..lepas tu buat semula..eh dapat duit lagi...macam buat lampin pakai buang je...seronok pulak kalau jadi umno yg ada kedudukan!
Post a Comment