KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 14, 2008

KPPK sertai Cuepacs boikot Hari Pekerja

Mstar - (...) Presidennya, Anuar Ibrahim berkata ini kerana kesatuan itu merupakan salah satu anggota gabungan dalam Cuepacs.

"Kita kenalah ikut keputusan kongres, kalau dalam mesyuarat bolehlah kita bantah tapi kalau kongres dah buat keputusan untuk boikot kita kena akur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel 'Kecemerlangan Sistem Penyampaian' di Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini, Isnin.

Cuepacs, pada 2 April lalu mengumumkan akan memboikot sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia pada 3 Mei dan satu lagi sambutan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Mei jika kerajaan gagal memberi kata putus berhubung lima tuntutan kesatuan itu.

Lima tuntutan itu ialah pembayaran saguhati RM2,000 kepada semua kakitangan kerajaan; menaikkan elaun perumahan dari RM180 sebulan kepada RM230; meminta JPA menghapuskan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II (Gred 1 hingga 40), memberikan semula Elaun Kritikal bagi Kumpulan Sokongan Dua yang ditarik balik pada Februari lepas dan melanjutkan umur persaraan wajib dari 56 tahun kepada 60 tahun.

Dalam ucapannya, Anuar meminta para guru supaya sentiasa menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa supaya tidak ketinggalan terutama dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT). more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive