Utusanmeloya - Setelah pertemuan dengan pemimpin UMNO akar umbi seminggu lalu, esok Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan perjumpaan atas platform serupa dengan seluruh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dipercayai, ia pertemuan tertutup terbesar dalam tempoh lima tahun beliau sebagai Perdana Menteri yang akan disertai semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN.
Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di 140 kawasan Parlimen dan 307 DUN.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang mengesahkan pertemuan pada pukul 2.30 petang itu berkata, selaku Pengerusi BN, Abdullah dijangka mendapatkan maklum balas daripada semua pemimpin akar umbi BN mengenai isu-isu semasa yang berlaku. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment