Roslan sms
(...) Hari ini adalah hari perayaan besar, bukan hanya buat Anwar sekeluarga tetapi buat semua yang berjuang menuntut kebenaran dan keadilan. Lantas majlis rasmi menyambut peristiwa keramat bersejarah ini akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, Kuala Lumpur.
Kelab Melayu tertua di KL ini (yang mengambil sempena nama Sultan Selangor ketika itu) menyimpan sejarah dan nostalgia kerana di premis inilah satu ketika dahulu badan-badan NGO Melayu berhimpun untuk menubuhkan Umno. Yang hadir termasuklah semua tokoh Melayu kiri dan kanan se Tanah Melayu. Walaupun KL kini bukan lagi berada di bawah jajahan Selangor namun Kelab ini terus milik kerajaan Selangor, MB Selangor otomatik adalah Pengerusinya. Bersejarah sungguh, hari Anwar bebas, dan Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Pakatan Rakyat Selangor!
Lalu saya hairan mengapa tiba-tiba pihak polis begitu terganggu atau "agitated" dengan program ini? Biarlah ia berlangsung dengan baik dan aman, bukankah ytang hadir itu juga nanti orang yang baik-baik dan dianungi pula oleh MB Selangor. Memanglah ramai yang akan hadir kerana rakyat jelata semua mahu merayakan hari bersejarah ini. more...
Apr 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kan aku dah kata,polis,fru ke dah lama tak serapah org,sbb bila umno demo,polis tak berani menurun sbb dia sama berhantu...tapi bila puak lain dari be end...jaga engkau,siaplah hujan buatan,berasid lagi
Wak dan sekelian refor.,usah dihiraukan kehadiran POLIS,mereka juga tertakluk kpd peraturan dan undang undang MELAINKAN jika mereka
menyalah gunakan kuasa, maka kita ada hak mempertahankan diri ,mengikut peruntukan yg ada.
PEDULIKAN.
Post a Comment