MStar - Stesen televisyen swasta TV3 menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada menganjurkan program bergerak Karnival Jom Heboh di Perak pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, di sini, Ahad.
Beliau berkata hasrat menarik diri tersebut dinyatakan oleh pihak pengurusan tertinggi TV3 sendiri dalam satu pertemuan dengannya pada Rabu lepas.
Bagaimanapun Mohammad Nizar menegaskan kerajaan negeri Perak tidak pernah mengeluarkan arahan supaya TV3 bertindak demikian.
"Kita tidak ada beri arahan pun, dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsipprinsip kita," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung tahunan ke14 Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM). more...
No2umnO - Alahai lawak betul TV3 nih.....Elok lah kalau tarik, tapi tindakan TV3 dah macam kerajaan. Sama dengan pembatalah monorel Pulau Pinang. Tukar saje la jawatan CEO kepada Menteri, dan ahli lembaga pengarah sebagai MT. Main tarik tarik pulak..... Lawak lah !
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
3 comments:
MAin politik lak, sampai jumpae MB. Besor bebenor cengkadak deme. Xnak buat udah, x kebulor teman...mueke muekekek.. bukan ke udah keluar fatwa para mufti , haram jom(sure) heboh dulu?
Macam budak drjah satu,yg merajuk tak mau makan Ice-cream,pasal Mak lambat bagi duit bila die minta.
Patut lah orang panggil TV3suku.
"Sementara itu, Mohammad Nizar berkata gelaran Datuk Seri yang diterimanya bukanlah untuk dirinya tetapi adalah untuk kesemua 2.3 juta rakyat Perak yang telah berani membuat perubahan pada pilihan raya umum lepas dan meraikan perubahan tersebut."
Post a Comment