harakahdaily - [...] Mereka menyifatkan perbahasan di Parlimen sekarang hanya berkaitan isu remeh seumpama dalam pasar.
Oleh itu mereka mahu anggota-anggota Parlimen terutamanya pembangkang bertindak mendesak kerajaan segera mengatasi kemelut kekurangan beras yang melanda negara sejak sebulan lalu.Image
Wakil penduduk, Mohd Monier Mat Din meminta anggota Parlimen yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum lalu mengutamakan isu yang mencengkam negara sekarang.
Katanya, mereka kena fokuskan isu kekurangan bekalan beras yang disifatkan semakin mendesak.
"Jangan pula wakil rakyat pembangkang turut seronok di parlimen membahaskan isu remeh atau terikut-ikut dengan gelagat Umno dan BN yang sememangnya jauh beza ketika kempen dulu," ujarnya yang juga seorang blogger.
Katanya, rakyat bawahan terutamanya di pedalaman Kedah semakin sengsara kerana kekurangan beras dan harganya pula melambung tinggi.
Seorang lagi penduduk, Shamugam berkata, golongan miskin kian tertekan apabila harga beras tiba-tiba meningkat berkali ganda. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment