hamirdin - [...] Saya katakan tadi tidak terperanjat kerana inilah etika kerja yang selama ini diamalkan oleh UMNO/BN dan segala juak-juak mereka. Mereka tidak berkerja sebagai mana sepatutnya, tetapi mencari seribu helah untuk tidak bekerja, tetapi tetap maukan gaji bulanan. Seperti yang dinyatakan dalam artikel berkenaan, telah menjadi satu kelumrahan bagi mereka yang tidak mengamalkan etika kerja profesional ini untuk bermain golf pada hari jumaat sebelah tengahari, dan ada juga laporan yang mengatakan sebahagian mereka bermaingolf dari waktu pagi lagi pada hari bekerja tanpa mengambil cuti.
Inilah penyakit yang melanda banyak jentera kerajaan, terutamanya kerajaan negeri negeri, yang mana kakitangannya tidak menumpukan tenaga untuk bekerja, tetapi menghabiskan masa bekerja dengan melakukan perkara-perkara yang tadak ada kaitan dengan tugas mereka serta menggunakan segala kemudahan yang disediakan dari wang rakyat untuk keseronokan sendiri.
Kalau di Selangor, sebuah negeri yang paling maju di Malaysia kakitangan awamnya beretika sedemikian, anda boleh bayangkan apakah keadaannya di negeri negeri lain yang tahap kemajuannya lebih jauh terkebelakang.
Kita juga dapat maklumat semasa peralihan kuasa di negeri Selangor dari BN kepada PR, ADUN ADUN dan exco yang mempunyai pejabat di bangunan state secretariat perlu mengosongkan pejabat mereka. Bekas YB dan bekas EXCO dari parti bukan UMNO meninggalkan premis yang dulu mereka gunakan sebagai ofis dalam keadaan seadanya. Tetapi mereka yang dari UMNO, mencuri segala peralatan pejabat, sehinggakan komputer, meja hatta karpet pun divandalisma oleh mereka.
... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment