KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 19, 2008

Kuasa ‘kepenghuluan’ sekat suara akar umbi UMNO

utusmeloya - [...] “Apabila keadaan ini wujud, maka berlakulah sekatan bersuara dan (gejala) ditentukan terlebih dahulu apa yang hendak dihujahkan pada perhimpunan. Inilah yang ditentukan oleh sistem ‘kepenghuluan',” ujarnya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program perjuangan dan cabaran pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 di Dewan Budaya di sini hari ini, Rais memberitahu, implikasi budaya politik itu amat serius.

“Bila suara akar umbi dikekang dan tidak dapat disampaikan seperti yang dilunaskan oleh parti, maka pucuk pimpinan hanya dapat cerita pantun, senyum dan gelak ketawa.

“Pemimpin tidak tahu apa luahan sebenar yang datang dari akar umbi,'' tegas beliau.

Beliau yang juga Menteri Luar berkata, parti-parti lain di Malaysia tiada memiliki kuasa ‘kepenghuluan' di negeri-negeri tetapi UMNO ada Menteri Besar yang mempunyai kuasa yang kuat dan besar.

Beliau meminta budaya itu ditukar. “Jika tidak diubah pada pemilihan UMNO hujung tahun ini, ia hendaklah diubah selepas pemilihan parti berlangsung,” katanya.

Dalam pada itu, Rais juga mengkritik ‘elemen subsidi’ dalam bentuk kuota pencalonan pada pemilihan parti selain mencurigai angka keahlian UMNO yang mencecah lebih tiga juta orang.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive