msomelayu - [...] Namun bagi saya keputusan itu tidak sedikitpun merujakan. Malahan ianya sesuai dan kena pada tempatnya. Bahkan beliau tidak perlu mengambil masa begitu lama dan kesempatan pada Hari Wesek untuk mengistyharkan keluar Umno sebaliknya sejak setahun lalu lagi.
Sikapnya yang mengkritik dan dapat melihat (buta) satu pun kebaikan dan kebenaran tindakan Abdullah menyebabkan beliau bukan patut keluar sendiri dari Umno tetapi dipecat daripada parti berkenaan.
Saya yakin kalau orang lain berada di tempat Mahathir sudah lamanya ianya dipecat atau dibuang dari Umno! Tetapi kerana Umno ditangan Abdullah begitu baik dan amat berhati-hati untuk mengambil tindakan kepada ahlinya apa lagi orang ternama seperti Mahathir, telah memberi ruang luas kepada Mahathir untuk menganggui Umno!
Keputusan emosi Mahathir yang dibuat di Alor Star itu memberi kemenangan kepada Abdullah. Kita percaya ianya disambut dengan solat syukur oleh orang-orang dan pencinta Abdullah kerana ia meringankan beban Abdullah. Dengan keluarnya Mahathir kini tidak ada ada lagi duri dalam daging atau sampah dalam mata....seterusnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment