KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 19, 2008

Pengerusi Hindraf temui pemimpin PAS di London

harakahdaily - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar serta AJK PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, hari ini telah mengadakan pertemuan tertutup tidak rasmi dengan Pengerusi Hindraf, P.Waytha Moorthy di tengah-tengah kota London semalam.

ImagePertemuan yang berlangsung lebih dua jam itu menempa sejarah apabila pengerusi Hindrafmelahirkan rasa gembira beliau di atas keterbukaan pimpinan PAS untuk bertemu serta bertukar-tukar pandangan bagi menyelesaikan masalah yang menimpa negara tanpa mengira batasan agama dan kaum.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pimpinan PAS sekali lagi menegaskan, sikap PAS yang menolak politik perkauman serta agama yang sempit serta akan terus membawa agenda 'keadilan untuk semua' tanpa mengira kaum atau agama.

Begitu juga sikap PAS yang menolak penggunaan ISA di Malaysia serta desakan PAS kepada kerajaan agar segera membebaskan pimpinan Hindraf serta semua tahanan ISA yang di tahan di Kemunting.

Di akhir pertemuan tersebut kedua-dua pihak bersetuju untuk terus mengadakan pertemuan di atas agenda 'membela keadilan'.

Setiausaha Agung PAS yang juga Ahli Parlimen Tumpat, dalam pertemuan itu bersetuju untuk membawa usul tergempar mengenai sikap kerajaan Malaysia yang telah melucutkan hak penggunaan pasport antarabangsa P Waytha Moorthy ke Parlimen.... selanjutnya.

Sementara lapuran dari Malasyiakini -
Pasport: Waytha kata Syed Hamid bohong
Pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy hari ini mendakwa, kerajaan Malaysia berbohong mengenai status pasportnya.

waythamoorthy and malaysia passportKatanya, adalah 'tidak masuk akal dan satu pembohongan' apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar mendakwa bahawa pasportnya tidak dibatalkan.

Malah, Waythamoorthy begitu kecewa apabila Syed Hamid mengenepikan isu dengan menyatakan mungkin berlaku salahfaham mengenai status pasport "yang mungkin telah tamat tempoh". selanjutnya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive