Mahu tahu sejarah tentang Boria? Tak tahu benar atau tidak, diterima atau ditolak ....tapi ini lah dia....
Lihatkan kumpulan Boria yang terdiri dari seorang Tukang karang dan pasukan. Tukang karang akan bercerita, bermelodi dan bersenikata didalam sesebuah lagu. bertukar tukar senikata di dalam setiap rangkap. Sementara pasukan pula akan mendendangkan rangkap dan senikata yang sama sehingga akhir lagu.
Sejarah boria
guitarlogi
Permainan Boria ini banyak dikaitkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian. Peristiwa ini membuatkan pengikut-pengikut Syiah mengadakan upacara perkabungan tahunan . Semasa upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai Ta’ziya.
Apabila pergerakan ini cenderung ke arah politik, maka ada kumpulan yang menjadikan persembahan atau majlis ini untuk mencari pengaruh maka majlis ini mulalah dibiayai oleh taukeh atau saudagar-saudagar kaya untuk menarik minat pengunjung dating menyertai majlis tersebut.Sekitar abad ke 19, permainan boria ini dibawa oleh golongan India Muslim ke Pulau Pinang yang kemudiannya mempengaruhi minat turut sama oleh orang-orang Melayu tempatan. Setelah orang - orang Melayu tempatan menarajuinya maka banyak elemen dan perubahan yang telah diperbaharui. Semangat Kebangsaan menentang penjajah (Kerajaan British) pada kita itu. Oleh kerana perjuangan menuntut kemerdekaan begitu kuat, maka boria dijadikan landasan untuk golongan Melayu serta golongan minoriti lain bersama menjayakan persembahan boria ini iaitu golongan India dan golongan Cina. more...
Kaedah ini digunakan oleh UMNO di dalam pemerintahan mereka di Pulau Pinang. Tukang Karang sudah lari ke rancangan lain sementara Pasukan masih mendendangkan lagu yang sama. Menarik untuk di bandingkan Boria dan UMNO. Anda fikirkan lah dimana persamaannya .....
berita lain:
PM Dialogue with Penang Umno
KUALA LUMPUR: Penang Umno branch members held a dialogue session with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi at the Putra World Trade Centre yesterday. Full Story
0 comments:
Post a Comment