Tentu menarik .... selama ini Kelantan yang dikritik hebat oleh UMNO@BN. Tapi selepas pilihanraya ini ramai sudah akui fakta yang dikeluarkan oleh mereka sendiri tentang kemiskinan yang berlaku di Sabah ...
Menurut artikel berikut, kenaikan harga barangan terus memudaratkan kemiskinan selain dari punca kewangan yang kurang. Ada banyak balak pun masih kurang? Adakah ianya usaha untuk mengkritik keajaan pusat dan Musa Aman kerana gagal mentadbir Sabah, tapi dengan bahasa berlapik .... mari kita ikuti kisah, Semua salah orang lain, aku sorang yang betul ....
drkhir - Sabah Perlukan Perhatian Serius Kerajaan Persekutuan
Bagi saya kerajaan Sabah ditadbir dengan baik oleh YAB Datuk Seri Musa Aman, tetapi kerajaan negeri menghadapi kekangan kewangan untuk menyelesaikan miskin tegar terutama dalam menyediakan infrastruktur besar bagi menjana ekonomi dan pendapatan rakyat.
Melalui pengamatan saya, Sabah merupakan negeri yang mempunyai peratus miskin tegar antara yang tertinggi di negara kita. Terus terang dikatakan saya tidak nampak ada perancangan khusus oleh Kerajaan Persekutuan dalam mengotakan janji mereka bagi membasmi kemiskinan.
Lihat sahaja sawah di Kota Belud tidak punya sistem saliran yang baik. seperti projek Barat Laut di Selangor. Sabah hanya mampu mengeluarkan 30% sahaja keperluan beras negeri tersebut. Dengan kenaikan harga beras yang mencapai 40-50% ini akan menyebabkan rakyat Sabah terpaksa mengikat perut.
Kita juga sering mendengar pertanian merupakan sektor tumpuan Perdana Menteri tetapi tiada projek mega berbentuk infrastruktur pertanian kepada negeri Sabah. Saya sedih melihat rakyat Sabah yang rajin bekerja tetapi tidak dapat meningkatkan jumlah pendapatan mereka kerana infrastruktur dan prasarana sedia ada gagal menjadi pemangkin. more...
0 comments:
Post a Comment