KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 4, 2008

Korupsi Pertanian

matsamankati - (...) ada awal 70an, kita ada Bumi Hijau. Sistem pertanian yang berkonsepkan pertanian moden, menggunakan baja kimia dan racun serangga ini menggantikan sistem tradisional yang mesra alam, self sustainable dan community-based. Kita mula bergantung kepada Monsanto, Bayer dan ICI. Memang la, banyak hasil yang diperolehi, tapi dalam jangka masa panjang, sungai-sungai tercemar, tanah-tanah menjadi tidak subur dan memerlukan baja kimia sepanjang masa. Eco-system kita hancur oleh racun serangga. Peningkatan taraf hidup petani tidak juga kesampaian tetapi yang untung berbiion-bilion ialah syarikat-syarikat besar.

Tahun 80an, Mahathir terus mengenepikan sektor pertanian dengan memberi tumpuan kepada perindustrian. Dalam jangka masa pendek, kita untung sebab duit banyak dan harga makanan murah.Yang menjadi mangsa ialah petani, kerana kos pengeluaran meningkat manakala kos jualan masih sama.Oleh itu, kos pengeluaran perlu dikurangkan dan cara yang paling berkesan ialah menggunakan bahan-bahan terlarang. racun-racun serangga yang diharamkan, diseludup masuk dan akibatnya, kita menghadapi krisis kualiti makanan. Tahun 90an, kita disajikan pula dengan sistem hidroponik. Berapa juta yang dibelanjakan untuk membeli takung hidroponik, wallahualam. Tapi ramai yang kaya dengan mempromosikan 'hi-tech' ini walaupun sebenarnya merupakan sistem lapuk yang sudah direject oleh kebanyakan negara. Sekarang, takung-takung ini digunakan untuk menternak nyamuk. Nyamuk-nyamuk dibiarkan bebas sehingga menimbulkan satu masalah. Dan penyelesaian kepada nyamuk ini ialah dengan mengimpot 'warrior mosquito'. Duit lagi. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive