Roslansms - (...) Cuma yang saya agak terpanggil untuk mengulas dalam isu ini adalah reaksi yang diberikan oleh Ketua Penerangan Umno yang juga bekas MB Selangor, Senator Mat Taib terhadap isu ini. Beliau dilaporkan berkata dalam rancangan "Nasi lemak Kopi O" NTV7 yang dipetik oleh akhbar THE STAR agar pimpinan ke lima-lima kerajaan Pakatan Rakyat jangan terlalu ghairah ketika memerintah negeri masing-masing.
Kata Mat Taib lagi, mereka (kerajaan PR) tidak boleh berbuat sesuka hati mereka ketika memerintah, bukannya senang memerintah dan Umno serta BN memiliki 50 tahun pengalaman dan berjaya memerintah dengan aman! Saya tergelak ketika Mat Taib berkata:
Ketika saya MB selama 11 tahun, saya tidak pula menghalau stesyen radio dari pejabat kerajaan atau menukarkan mana-mana pegawai dalam tempoh 24 jam!Memang Mat Taib tidak pernah melakukan perkara-perkara itu selama beliau menjadi MB lebih satu dekad di Selangor, kerana stesyen radio semuanya memuji dan menjulangnya manakala tidak ada mana-mana pegawai kerajaan pun ketika itu yang berani berkata sesuatu melainkan seiringan dengan agenda dan kemahuan Umno. Tapi Mat Taib tidak jujur dan malah saya kira berbohong, kerana beliau tidak pula kisahkan berkenaan apa yang berlaku sehingga beliau terpaksa berhenti selepas 11 tahun menjadi MB! more...
0 comments:
Post a Comment