harakahdaily - Ahli Dewan Undangan Negeri Bachang, Lim Jak Wong (DAP), mendakwa dikasari dan ditendang oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, dikakinya sehingga terjatuh ketika ditahan di lokap Balai Polis Melaka Tengah pada 1 Mei lalu.
Sedangkan, tangan beliau ketika itu telah digari ke belakang menyebabkan dia jatuh terduduk di lantai dan tercedera, sebelum itu beliau yang dalam keadaan bergari telah ditolak ke palang besi lokap dengan kuat oleh OCPD Johari sambil mengatakan,"kamu ingat DAP sangat besar ke".
Sehubungan dengan itu, Lim telah membuat satu laporan polis sejurus selepas dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM 2,000 mengenai insiden itu pada pukul 5.10 petang di balai polis yang sama supaya satu siasatan dapat dibuat ke atas keganasan yang didakwa dilakukan oleh OCPD itu.
Menurut Lim, beliau telah ditahan, digari dan diganasi oleh pihak polis tanpa dijelaskan mengenai kesalahan yang telah dilakukan dan kemudian memasukkannya ke dalam lokap serta mengarahkan beliau memakai baju lokap. more...
May 4, 2008
"Kamu ingat DAP sangat besar ke" - OCPD Johari
Labels: Belit Polis, DAP Melaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment