KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 4, 2008

Ahli perniagaan contoh - PM

Utusanloya - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pemergian Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Beliau berkata, Allahyarham merupakan seorang ahli perniagaan yang kreatif, inovatif, kuat semangat dan tidak pernah berputus asa dan selayaknya menjadi contoh kepada ahli perniagaan yang lain.

Ujarnya, sumbangan Allahyarham kepada negara amat besar terutama dalam bidang automotif sehingga lambang Naza menjadi simbol kejayaan industri itu di Malaysia.

''Pemergiannya ke rahmatullah merupakan satu perkara yang tidak disangka. Saya tidak sangka rupa- rupanya kanser yang dihidapinya telah masuk tahap kritikal.

''Sejak saya mengenali Allahyarham, saya amat kagum dengan semangat yang beliau ada. Beliau merupakan seorang usahawan berjaya yang amat kita banggakan,'' katanya selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2008 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, hari ini. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive