KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 13, 2008

Air Percuma hasil usaha BN Selangor

Sekembali wak dari KLCC, Kuala Lumpur, di pamirkan di dalam shoutbox dan wak sempat meneliti butir cerita di bawah ....


Air Percuma Kejayaan BN

Pengumuman Kerajaan Negeeri Selangor mengenai pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat untuk memberi air percuma sebanyak 20 meter padu untuk setiap meter individu di Selangor merupakan satu kejayaan besar kepada Barisan nasional sebagai pembangkang.

Telah nampak sejak awal kerajaan Pakatan Rakyat cuba melengah-lengahkan pemberian air ini sehinggalah didesak oleh BN Selangor. Malah sejak awal Jun lalu kerajaan negeri belum mengadakan sebarang rundingan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agak tidak menyetujui idea ini kerana ia akan mengggunakan banyak wang KDEB dan kerajaan negeri. Bagaimanapun tekanan politik dari dalam PKR dan Pas memaksa beliau menyetujuinya. - pembangkangselangor
... Chewaaaahhhh....kejayaan Barisan Nasional katanye... Hebat !!!

Wak ni tak kesah sangat jasa siapa ... Kalau itu lah maksudnya, kesempatan ini wak ambil untuk ucapkan Tahniah kepada Khir Toyo dan Barisan Nasional Selangor kerana berjaya merealisikan impian rakyat.

Tanpa UMNO dan BN, mungkin rakyat Malaysia tidak dapat menikmati air percuma ...

Perjuangan UMNO dan BN nampaknya menemui kejayaan hanya setelah Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Selama 50 tahun berjuang, bukan perkara yang mudah..."Ye tak wak Khir?"

Bekas Menteri Besar ni agaknya cuba melatih diri untuk menjuarai rancangan Raja Lawak untuk tahun hadapan. Semoga, rakyat boleh ketawa bersama dengan hidangan lawak lawak yang akan khir toyo persembahkan. Hidup Khir Toyo !!! Hidup UMNO !!! dan Hidup BN !!! ... Wakakakakaka

Nak tanya jawa tak sedar diri ni ...... "Minyak Naik ni jasa siapa?"

Aduh .... 'ketawa sampai ketut' lagi aku.

1 comments:

mangchikla said...

Dia nostalgia kot, kan ke dulu ada iklan di setiap tapak projek - "Satu lagi projek oleh Kerajaan Barisan Nasional". Saya cadangkan kejayaan "air percuma" oleh PS ditampal iklan pada setiap akhbar.Tahniah!

Posting terkini

Blog Archive