Kecewa demo tidak jadi di KLCCKorang dah baca berita Malaysiakini di atas .... haha aku adalah yang tergolong antara yang kecewa itu. Menanti di perkarangan KLCC dan ketika 3 trak FRU bertolak meninggalkan lokasi tersebut, aku tertinggal di sana, menanti di tepi jalan berharap agar rombongan perarakan akan datang ke destinasi asal.
malaysiakini - Penantian orang ramai di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) untuk menyertai demonstrasi membantah kenaikan harga minyak ibarat "menunggu buah yang tidak gugur".
Lebih 100 orang menunggu mulai selepas solat Jumaat pukul 2 petang hampir dua jam kemudian ketibaan kumpulan 2,000 penyokong Pakatan Rakyat yang dijadual berarak dari masjid Kampung Baru.
Bagaimanapun polis yang mengadakan sekatan di simpang Jalan Raja Abdullah dengan Jalan Sultan Ismail menyebabkan kumpulan penunjuk perasaan ini beralih ke arah Kompleks Pertama.
Mulai pukul 2.15 petang, pengawal keselamatan Suria KLCC memasang pagar besi di depan pintu masuk utama bangunan itu sebagai langkah berjaga-jaga berdepan dengan serbuan kumpulan pembantah kenaikan mendadak harga minyak yang diumumkan minggu lepas.
Kira-kira 50 orang berlegar-legar menunggu di situ dan mula menyulitkan pengunjung keluar-masuk pusat membeli-belah terkemuka itu.... selanjutnya.
Menurut pemberita yang aku temui ada memberitahu bahawa perarakan sedang berada di SOGO ... amboi mak, jauhnya. Aku pun cuba menggunakan kenderaan dan bertolak ke lokasi tersebut, tapi kenderaan terlalu sesak dan wak gagal ke sana. Akhir nya aku pulang membawa beberapa keping gambar yang entah apa apa .... Di dalam kenderaan, aku dan kawan sering tuduh menuduh kerana kesilapan itu.
Kelihatan ketibaan 2 trak polis yang datang untuk berkawal di hadapan KLCC
Anggota FRU sedang mengenakan topi .. bimbang wak datang menyerang
Tunggu di tepi jalan kalau kalau ada rombongan yang datang menyerbu ke arah kami
Bila dah tunggu terlalu lama .... ini lah gambar yang wak ambil ...[bila dah tak der kerja]
Dan ini juga ..... imej tiang bus stop ..... [hep !!! bukan yang bawa beg tangan tu]
Wak tunggu 5hb Julai nanti ..... aku akan pergi lagi untuk merakam gambar insiden insiden yang menarik, tentu nya tak seperti yang wak dapatkan untuk hari ini. Huhuhuhu ....
Korang baca lapuran malaysiakini, Sebab penganjur tukar jalanIni yang aku nak marah ni .... apesal tak bagi tau aku tentang PLAN B? tiada seorang pun dari penaja perhimpunan yang aku contact menjawab panggilan aku. Siap la korang !!!
Penganjur perarakan membantah kenaikan harga minyak hari ini menukar rancangan asalnya untuk berarak dari Masjid Kampung Baru ke KLCC setelah polis bertindak menutup laluan ke sana.
"Setelah berbincang dengan rakan-rakan dan badan bukan kerajaan (NGO) kita mengambil pelan B iaitu berarak ke Komplek membeli belah Sogo," kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub...selanjutnya.
7 comments:
What a great moment of reading blogs.
Yuts, daw palagpat imo blog.
I'm thankful with your blog it is very useful to me.
Concentrate to the things that could give information to the people.
tepi tiang tu bukan gambar FRU .. itu HARU BIRU ... hehehahahah...kelakar
muekekek ..pertama , yg bawak BMW sape suruh , lain kali bawak la kapcai baru boleh sampai ke SOGO. kedua, pehal "hep!!!" ke yg bawak beg lak? "Hep!!!" le yg pakai tudung tuh..akakakakakakakak.... yg ketiga kot bagi plan B, nanti polis tahu, takler jadik plan B. tapi gambar cantek ek...clear btoi..(pujuok balik.akakakaka)
Plan C naik aje LRT Kg Baru pergi KLCC,Dang Wangi-KLCC.
Post a Comment