KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 13, 2008

"BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."

petrol price hike protest kg baru sogo 130608malaysiakini - [...] 3.20 petang Polis memberitahu Malaysiakini, tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.

Beberapa ratus penyokong pembangkang berhenti di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan kemudiannya bersurai di situ.

3.00 petang Sekumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS. Mereka masih diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.

2.50 petang Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo.

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 03Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.

2.45 petang Ketua angkatan muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Salahuddin menjanjikan satu perhimpunan yang lebih besar bagi membantah kenaikan harga minyak.

"Rakyat akan berhimpun (lagi) 5 Julai," katanya. "Pemimpin BN dah kaya raya, rakyat hidup papa. Marilah kita jatuhkan Umno dan BN."

Penyokong pembangkang melaungkan slogan "BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."

2.37 petang Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama-Sogo dan beberapa ratus duduk, berkumpul, di atas jalan.

Lalu lintas menuju simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi terhenti.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive