Korang pernah dengar cerita tentang mimpi berjalan? Mata pejam, tangan ke depan dan berjalan waktu tidur ... kekadang mulut bercakap. Esok paginya, kalau ditanya, yang bermimpi tak sedar apa yang dia cakap .... macam ni,
Saman jika buat tuduhan palsu: Dr KhirAku tertanya tanya ... siapa yang tuduh? Kalau tuduh, sudah pasti dibawa ke mahkamah lama dulu. Nak tahu siapa yang tuduh tiada bukti? Ni dia ......
sinarharian - Silakan buat tuduhan palsu atau bersedia kena dihadapkan ke mahkamah.
Begitulah amaran yang diberikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kepada mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) atau individu yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap kepimpinan terdahulu dalam kempen atau ceramah politik mereka.
Menurutnya, satu pasukan peguam sukarela telah dibentuk sejak sebulan lalu untuk memantau aktiviti ceramah politik yang diadakan pemimpin PR kerana beliau tidak mahu pemikiran rakyat disogok dengan cerita-cerita yang tidak benar.
“Bukti-bukti tuduhan palsu yang dilemparkan pemimpin PR itu sudah mula dikumpulkan sejak sebulan yang lalu oleh sepasukan peguam yang dibentuk khas bagi memantau tindakan tidak beretika berkenaan yang kebanyakannya wujud semasa sesi ceramah politik kepada orang ramai," kata beliau.
Menurutnya, setakat ini pasukan peguam berkenaan sudah mengumpul tiga isu serta gambar bukti bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melemparkan tuduhan palsu tanpa sebarang bukti kukuh.
“Mereka tuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu rasuah dan sebagainya. Bagaimanapun sehingga kini kita lihat tiada sebarang laporan dibuat dan tindakan diambil terhadap orang yang dituduh.
“Tindakan saman ini dibuat untuk memberikan pengajaran kepada mereka supaya tidak lagi membuat tuduhan palsu yang dilihat mencemarkan imej kita," katanya.... selanjutnya.
Bekas pelajar lapor polis, Selangor tak tunai manifesto dan 4 ahli PKR buat laporan BPR
Wak tak pernah pegang jawatan tinggi. Mungkin dek kerana seronok duduk diatas, sekali jatuh, tak terima hakikat. Burukkan orang lain untuk tutup buruk diri sendiri. 5 tahun ... entah apa apa lagi yang mereka rancang.
0 comments:
Post a Comment