KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 13, 2008

Keengganan Abdullah bukti dakwaan hakim benar

harakahdaily - [...] "Bayangkan, ia adalah suatu tuduhan yang begitu serius tetapi secara mudah beliau tidak mahu menyiasat hal tersebut," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ketika ditanya kemungkinan tindakan Abdullah itu sebagai cubaan untuk mengelakkan lebih banyak pendedahan kelemahan dan kecelaruan sistem kehakiman negara, Hanipa menegaskan bahawa Abdullah yang turut berada bersama di dalam kabinet Tun Dr Mahathir perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

"Apabila sekarang ini beliau menjadi Perdana Menteri, enggan menyiasat kes tersebut ia secara tidak langsung membuktikan beliau mengakui pendedahan Chin itu.

"Jika tidak, kenapa beliau tidak mahu hal ini disiasat?" ujarnya lagi.

Hanipa yang juga merupakan pengamal undang-undang berkata rakyat berhak untuk meminta satu suruhanjaya dibentuk bagi memperbetulkan segala kelemahan dan menegakkan kebenaran, kerana ianya merupakan salah satu platform yang mempunyai kuasa bagi membolehkan proses siasatan dilaksanakan.

"Sekiranya beliau tidak mahu tubuhkan juga, kita anggap segala dakwaan itu benar," katanya.

Bahkan tambahnya, selagi BN memerintah, lambat-laun segala kelemahan dan keburukan kerajaan akan terbongkar jua akhirnya.

"Dalam siasatan itu nanti, jika terbukti hakim berbohong maka dia boleh dikenakan tindakan yang berat dan sebagai kerajaan yang berkuasa, mereka hendaklah bertanggungjawab untuk bertindak, bukan hanya mengambil mudah perkara ini," katanya lagi. ... selanjutnya.
No2umnO - Aku rasakan agenda memulihkan sistem kehakiman, persediaan untuk pilihanraya ke 12 yang lepas. Sementara itu, kalau kita masih ingat, dia menggunakan isu benteras rasuah pada pilihanraya ke 11 yang terdahulu. UMNO ni. .... kalau tak menipu, tak boleh menang ke?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive