KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 13, 2008

Demo Minyak: Lapuran MStar

Lebih 5000 sertai demo protes kenaikan minyak!
Mstar - [...] Demonstrasi membantah kenaikan minyak berakhir dengan aman apabila lebih 5000 penyokong pembangkang bersurai di Pejabat Agung Pasdi jalan Raja Laut di sini tadi.

Demonstrasi yang bermula jam 1.30 tengahari sebaik selesai sembahyang Jumaat berlangsung hampir dua jam lamanya dengan perarakan secara aman hingga ke Jalan Raja Laut.

Penyokong pembangkang membawa sepanduk dan poster, berarak sambil melaungkan 'turunkan minyak'.

Walaupun kebanjiran lautan manusia melimpah ruah hingga ke bahu jalan dan turut membuat kesesakan lalu lintas terhenti, keadaan agak terkawal dan tiada tangkapan dilakukan.

Sebelum ini, laungan "turunkan minyak" turut bergema di perkarangan Masjid Kampung Baru sejurus setelah selesai jemaah masjid menunaikan solat Jumaat.

Masjid Kampung Baru yang sering dijadikan 'markas' untuk demonstrasi sekali lagi sesak dipenuhi dengan orang ramai. Pada jam 2:05 petang laungan meminta kerajaan menurunkan harga minyak bergema di sekitar kawasan masjid.... selanjutnya.

Gambar menarik demo minyak oleh MStar


















0 comments:

Posting terkini

Blog Archive