KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 15, 2008

Betapa Laparnya Rakyat Negaraku

msomelayu - KETIKA melalui jalan Genting Klang pagi semalam (Sabtu) hati saya tertanya-tanya apakah gerangan maka orang ramai berbaris penjang di pejabat pos Setepak. Apakah ada kemalangan atau rompokan di situ? Keadaan itu luar biasa. Kerana kalau pun orang ramai ingin menjelaskan bil atau ada urusan dengan pejabat pos ia tidaklah sampai sesesak itu.

Selepas menyedari bahawa hari ini (Sabtu) adalah hari pertama pembayaran rebat sebanyak RM625 bagi pemilik kereta dan RM150 bagi motisikal persendirian sebagai ganti wang subsidi berikutan penstrukturan semula subsidi minyak baru saya faham. Debaran di dada perlahan-lahan reda. Sebaliknya selepas itu perasaan tiba-tiba bertukar menjadi sayu. Hati menjadi sangat tersentuh melihat dan mengenangkan keadaan itu.

Dari Setapak itu saya ke Taman Melawati untuk untuk minum pagi di sebuah kedai mamak sebelum berlepas ke Temerloh. Dan pemandangan seperti di pejabat pos Setapak itu juga berlaku di pejabat pos di Taman Melawati berhampiran kedai mamak berkenaan yang kini sudah bertukar tangan kepada Cina.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive